10-29-2011, 08:48 PM
GURUN: Kerajaan bercadang untuk mengimport lembu tenusu dari China bagi menampung keperluan pengusaha ladang susu segar di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Ibrahim Che' Embong, berkata ini kerana kebanyakan pengusaha ladang lembu tenusu tempatan masih lemah dalam aspek membiakkan sendiri haiwan tersebut. Setiap tahun sebanyak 20 peratus lembu tenusu diperlukan bagi mengganti ternakan sedia ada yang melebihi usia tujuh tahun dan tidak mampu menghasilkan susu yang banyak, katanya di sini, hari ini. Beliau yang ditemui pemberita selepas perasmian Bengkel Core Team JPV bersama Dutch Lady Milk Industry Berhad, juga berkata keputusan itu juga bagi menjamin bekalan lembu tenusu di negara ini jika pengeksport tradisi Australia dan New Zealand menghentikan eksport ke Malaysia atas sebab tertentu.
"Australia misalnya sudah menghentikan kemasukan lembu susu mereka ke Indonesia, jadi tidak mustahil jika suatu hari negara kita juga akan menghadapi masalah sama," katanya.
Dr Ibrahim berkata, langkah mendapatkan bekalan lembu tenusu dari China adalah baik kerana selain harganya lebih murah, haiwan itu juga bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan negara ini. Selain itu katanya, membawa masuk haiwan hidup dari China bukan perkara baru kerana sebelum ini Malaysia pernah mengimport 'yellow cattle' (lembu tempatan China) dari negara berkenaan.
"Tapi ada sedikit larangan kalau bawa lembu dari China kerana perlu dikuarantin di China sebulan, kemudian di Malaysia 12 hari kerana takut ada penyakit.
"Kualiti lembu dari China sama seperti dari Australia dan New Zealand malah kita mungkin dapat dengan harga lebih murah contohnya jika dari New Zealand kita dapat RM9,000 seekor, tapi dari China mungkin dapat RM6,000 seekor," katanya