Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 ... 40 Next »

Bahasa Melayu boleh jadi bahasa pengantar ASEAN

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Bahasa Melayu boleh jadi bahasa pengantar ASEAN
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-29-2011, 08:55 PM
BERA: Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar di negara ASEAN kerana ia dituturkan lebih tiga perempat penduduk rantau ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bahasa Melayu dituturkan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei, sebahagian Thailand, Vietnam serta Kemboja. "Kita berharap pejuang bahasa dapat mempelopor usaha dan memperjuangkan agar bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa rasmi bagi negara ASEAN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat Daerah Bera hari ini. Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata Bahasa Melayu sebelum ini pernah menjadi bahasa dagangan pada zaman kegemilangan Melayu Melaka.

"Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna kita mahu mengetepikan bahasa Inggeris atau bahasa ibunda negara tertentu. Ini juga salah satu usaha mendaulatkan lagi bahasa Melayu di rantau ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri meminta pihak berkuasa tempatan, sekolah, jabatan dan agensi kerajaan mengutamakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi mereka.

"Hanya dengan cara itu sahaja rakyat di negara ini akan menghormati dan menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam pelbagai urusan. Sepatutnya, selepas 54 tahun kita merdeka, tidak ada lagi rakyat yang tidak fasih dalam menggunakan bahasa Melayu di negara ini," katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,539 Views 0 Replies
BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
08-10-2010 2,320 Views 1 Replies
Barangan Israel di pasaran
Barangan Israel di pasaran
08-08-2010 1,673 Views 0 Replies
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
01-09-2011 3,749 Views 6 Replies
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
04-17-2012 1,909 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rais minta stesen radio martabatkan bahasa kebangsaan Mr.Pingu 0 1,219 02-20-2012, 08:53 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 09:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend