Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 35 36 37 38 39 40 Next »

Isu surat sokongan Selangor

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Isu surat sokongan Selangor
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 11:57 AM
Isu surat sokongan Selangor: Bila cakap tak serupa bikin…

Oleh: ROSLI ISMAIL

Ingat dulu kalau ada saja dakwaan pasal berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa,pemimpin Barisan Nasional…pembangkang tidak tunggu seminit untuk desak bercuti atau letak jawatan segera sementara nak siasat. Sebab tu seronok pasang teropong ke Selangor sekarang.Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin baru sedar bagaimana susahnya jadi pihak yang memerintah dan lebih senangnya jadi pembangkang. Kuasa sudah ada ditangan tetapi masih terkial-kial.

Isu surat kenduri surat sokongan oleh DAP yang membawa kepada pemecatan bekas pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yakni Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) masih ribut dan belum selesai.

Fakta di depan mata sekarang ialah sekalipun kerajaan pakatan rakyat Selangor tak sudah-sudah bercakap berdegar mengenai ketelusan segala macam sebilangan kontrak sudah diluluskan hasil ‘air tangan’ dari surat sokongan DAP. Juga apa yang di depan mata sekarang ialah sandiwara bagaimana kerajaan negeri Selangor nak buat damage control keatas episod cakap tak serupa bikin ini.

Khalid nampaknya gelabah berdepan dengan isu ini.Soalnya bagaimana beliau hendak menghadapi hu ha dikalangan DAP sendiri yang mendesak Ronnie Liu yang dulu lantang sangat bersuara mengenai dakwaan rasuah,penyewengan dan salahguna kuasa kerajaan BN supaya undur diri. Beliau sendiri tahu bagaimana impaknya... dalam keadaan nak tunjuk imej bersih kerajaan pakatan rakyat – sekarang Exco Kerajaan Negeri itu sendiri didakwa sudah buat hal.

Imej DAP sudah masuk longkang gara-gara isu surat sokongan.

Ronnie Liu sudah dibebaskan oleh Lembaga Disiplin DAP dalam isu surat sokongan baru-baru ini …tapi dengan peringatan keras kerana tidak urus pejabatnya dengan betul. Tee yang dulu berkerja dengannya dipecat sebagai ahli DAP dan ahli MPK kerana mengeluarkan beberapa surat sokongan bagi dapatkan kontrak termasuk syarikat dimana anaknya ada kepentingan. Tee mendakwa surat sokongan yang dikeluarkannya adalah atas arahannya Ronnie Liu.

Sehingga ke hari ini Khalid masih mempertahankan Ronnie Liu kerana katanya tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Exconya dengan surat sokongan yang dikeluarkan Tee itu. Bukti adakalanya memang susah.Ada yang berkata dalam politik bukan semua arahan dibuat secara bertulis.Jadi bagaimana nak buktikan satu arahan cakap mulut. Tee mungkin bersalah kerana tidak memberitahu salah satu syarikat itu anaknya ada kepentingan. Soalnya beranikah beliau keluarkan surat sokongan begitu saja tanpa ‘ arahan’ dari bosnya?

Kini yang kuat mendesak agar Ronnie Liu lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri bukan sebarangan orang.Ia datang dari Speaker Kerajaan Negeri Selangor orang DAP sendiri – Teng Chang Khim.

Ini bukan isu dengan BN. Ini isu antara pakatan dengan pakatan.

Khalid cuba menutup pekong ini dengan memberitahu sidang akhbar Rabu satu aduit akan dibuat keatas semua Ahli Majlis Perbandaran dan surat sokongan yang dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Menariknya selepas lebih dua tahun memerintah baru tersedar adanya amalan kenduri surat sokongan dan kontrak sudah diberi. Ini pun setelah ia didedah oleh media.

Pada ketika yang sama kontroversi dalam DAP Selangor berterusan mengenai hal ini bila kumpulan puak penyokong Ronnie Liu pula mendakwa Teng sendiri ada mengeluarkan sebilangan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak. Khalid juga sampai hari ini tidak berani memberi komitmen surat sokongan tidak lagi boleh dikeluarkan.

Seperti semua orang dengar Rabu, Menteri Besar itu kata Ahli Majlis Perbandaran boleh mengeluarkan surat sokongan asalkan ia ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Peraturan. Siapapun boleh tetapkan peraturan. Semua kerajaan ada peraturan. Politik selalunya melibatkan kepentingan baik secara tersurat maupun secara tersirat. Baik DAP, PKR maupun PAS sendiri tahu. Sembang boleh sembang. Soalnya bagaimana Khalid nak tentukan semua ikut peraturan?

Episod surat sokongan ini mungkin kecil dikaca mata setengah pihak…tapi yang membuatkan ramai ketawa ia berlaku ketika pakatan rakyat hebat bercakap tentang tender terbuka dan ketelusan.

Inipun mungkin ada banyak lagi yang belum terdedah.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pilu disisih perhatian anak
Pilu disisih perhatian anak
09-07-2010 1,503 Views 0 Replies
Tarik kereta macam pencuri
Tarik kereta macam pencuri
09-07-2010 1,778 Views 0 Replies
Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa
Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa
08-08-2010 1,500 Views 0 Replies
Football fever hits again !
Football fever hits again !
06-29-2012 3,598 Views 5 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 13,427 Views 20 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Prestasi kerajaan Selangor Cemerlang - Sultan Selangor Mr.Pingu 0 1,806 03-18-2013, 01:23 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:58 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend