Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 ... 40 Next »

Gadis 14 tahun gantung diri akibat putus cinta

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gadis 14 tahun gantung diri akibat putus cinta
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,501
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-02-2011, 03:10 PM
Sedih sangat saya membaca berita ini kerana gadis tersebut xberfikir panjang..

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin. Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

sumber : harian metro..
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
SELANGOR KEKAL KEPUTUSAN TIDAK BENARKAN SYABAS NAIKKAN TARIF AIR
08-04-2010 4,445 Views 3 Replies
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
08-04-2010 1,587 Views 0 Replies
Kematian misteri
Kematian misteri
08-04-2010 1,478 Views 0 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,323 Views 1 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,107 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Benarkah 60% gadis sudah tiada Dara menjelang usia 18 tahun?? Mr.Pingu 0 2,097 09-19-2011, 11:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak gadis 14 tahun hamil dirogol Bapa Tiri Mr.Pingu 0 3,847 08-14-2011, 04:52 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-25-2026, 03:46 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend