Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 11 12 13 14 15 ... 24 Next »

Kantoi: Kekasih Temui Kondom dalam beg

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kantoi: Kekasih Temui Kondom dalam beg
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-04-2011, 11:07 AM
Tu la simpan bukan-bukan dalam beg kan dah kantoi dengan awek kaki selongkar! =p

Quote:Credits: hmetro.com.my

Ternganga mulut SS bila sumber menyampaikan cerita ini kepada SS. Macam susah nak percaya. Tak mungkin aktor kacak sedang meningkat naik ini berkelakuan sedemikian rupa. Apatah lagi umum tahu akan keperibadiannya yang bagus dan kuat pegangannya.

Menurut sumber, sikap buruknya itu juga antara menjadi punca mengapa hubungannya dengan bekas kekasihnya putus. Malah dia tidak boleh lari apabila buah hatinya itu sendiri menemui bukti. Tentu ramai ingin tahu apakah sikap buruk aktor yang SS maksudkan ini sehinggakan kekasihnya itu mengambil keputusan untuk meninggalkannya dan tidak lagi bersama.

Cerita sumber yang rapat dengan pasangan ini memberitahu yang kekasih kepada aktor terbabit ini terjumpa kondom dalam begnya. Perkara itu menyebabkan kekasihnya naik hantu apatah lagi alasan diberikan aktor terbabit kepada kekasihnya tidak masuk akal.

Kata sumber itu lagi, sebaik terjumpa kondom dalam beg aktor itu, kekasih hatinya terus berdepan dan bertanyakan mengapa ‘benda’ itu perlu ada dalam begnya. Waktu sama, kekasihnya itu sudah pun mendengar cerita mengenai aktor terbabit sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengannya.

Walaupun perkara itu tidak benar, tetapi apabila terjumpa kondom dalam beg aktor terbabit menyebabkan kekasih hatinya itu berasa sangsi. Apabila ditanya mengapa aktor terbabit membawa kondom di dalam beg, alasan diberikan adalah dia memang suka kerana bentuk sarung mencegah kehamilan itu nampak comel apabila ditiup seperti belon.

Mendengarkan alasan diberikan itu membuatkan SS rasa hendak pecah perut tergelak. Memang tidak masuk akal langsung alasan diberikan itu dan sudah tentu alasan diberikan itu membuatkan kekasih hatinya bertambah naik darah.

SS dengar juga cerita bahawa sekarang ini hubungan aktor itu dengan kekasih hatinya itu sudah lama berakhir dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
08-10-2010 2,331 Views 0 Replies
Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur
Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur
09-06-2010 1,607 Views 0 Replies
Misi kemanusiaan Faizal Tahir
Misi kemanusiaan Faizal Tahir
08-18-2010 1,975 Views 0 Replies
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
12-17-2011 7,036 Views 8 Replies
Mat Saleh Register
Mat Saleh Register
11-01-2010 3,262 Views 4 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-30-2026, 01:06 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend