Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 24 Next »

Jaclyn Victor tertekan kerana Sedetik lebih?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jaclyn Victor tertekan kerana Sedetik lebih?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-07-2011, 09:29 PM
Hi!

Actually saya memang dah agak Jac pasti akan berasa tertekan kerana diberikan lagu yang cukup berat untuk diunyanyikan semasa semi final AJL 26. sedetik lebih bukan lagu biasa-biasa kerana ia memiliki melodi yang cukup baik dan indah. Memenangi anugerah lagu terbaik semasa AIM cukup membuktikan betapa lagu ini mempunyai kualiti yang tinggi. walaubagaimanapun, Jac telah lakukan yang terbaik untuk lagu ini. Ikuti berita dibawah:

Quote: gua.com
Kehebatan Jaclyn Victor menyampaikan lagu ‘Sedetik Lebih’ yang dipopularkan oleh Anuar Zain sebelum ini memang tidak boleh disangkal. Jaclyn punya cara tersendiri menghidupkan ‘roh’ lagu ini sehingga penonton di Sri Pentas 2 terpukau dengan kehebatan vokalnya. Begitu juga dengan penonton di rumah. Pabila ‘Sedetik Lebih’ diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26), ramai peminat menarik nafas lega. Apa tidaknya, sebelum itu ramai yang tidak yakin ada penyanyi lain yang boleh menyanyikan lagu ini.

“Saya memang tidak boleh menyanyi sama seperti Anuar Zain. Tetapi saya cuba buat yang terbaik. Saya rasa berbesar hati dan bangga apabila Edry bagi kepercayaan kepada saya untuk bawakan lagu ini. Memang saya rasa agak tertekan sedikit kerana ini lagu baru. Kalau lagu lama yang dirakam semula, saya tidak begitu risau kerana selalunya peminat boleh menerima.

Selain itu, saya juga bimbang akan rosakkan lagu ini. Maklumlah, lagu ini sangat diminati ramai serta dinyanyikan oleh bukan calang-calang penyanyi. Mungkin sebab itu Edry suruh saya rahsiakan tentang pemilihan saya. Dia tidak mahu saya berasa tertekan sehingga boleh menjejaskan persembahan saya pada malam ini (Jumaat),” ujar Jacyln.

Memandangkan ‘Sedetik Lebih’ dan ‘Beribu Sesalan’ sama-sama mara ke AJL 26. Jaclyn turut ditanya sama ada dia akan memilih salah satu lagu untuk diberi perhatian. Mungkinkah Jaclyn akan mengutamakan ‘Beribu Sesalan’ kerana lagu ini memang digubah khas untuknya, Ning Baizura dan Shila Amzah?

“Saya tidak boleh pilih salah satu lagu sahaja. Lagipun, kedua-dua lagu itu berbeza. Satu lagu saya hanya perlu nyanyi seorang dan satu lagi saya kena berduet dengan dua orang penyanyi yang mempunyai vokal berbeza. Bagi saya dua-dua lagu susah. Untuk duet, saya kena mencari keserasian ketika berada di pentas supaya tidak ada penyanyi yang tenggelam. Manakala untuk solo, saya kena pastikan penghayatannya sampai.

Selepas ini saya akan berbincang dengan Ning dan Shila untuk membahagikan masa latihan. Mereka pun baru tahu saya yang menyanyikan lagu ‘Sedetik Lebih’ itu. Saya rasa mereka tidak ada masalah atau berkecil hati. Saya bukan sengaja merahsiakan daripada mereka tetapi menghormati permintaan Edry yang mahu merahsiakannya,” ujar Jaclyn mengakhiri perbualan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
08-17-2010 1,752 Views 0 Replies
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
10-14-2010 2,061 Views 0 Replies
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
09-29-2010 1,419 Views 0 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,613 Views 3 Replies
Kisah selipar di Masjid
Kisah selipar di Masjid
06-29-2012 1,703 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Konsert Mania Akhir - Jaclyn Victor Lupa Lirik Mr.Pingu 0 2,792 05-21-2012, 05:05 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AJL 26: Jaclyn Victor mengamuk dan terkilan Mr.Pingu 0 3,303 02-04-2012, 06:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sedetik Lebih tanpa Anuar Zain Muzik muzik 2011 Mr.Pingu 0 3,483 11-11-2011, 10:37 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 09:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend