Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 16 17 18 19 20 ... 40 Next »

Berpurdah tetapi Berbikini - Kempen Anti-Islam

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Berpurdah tetapi Berbikini - Kempen Anti-Islam
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-06-2012, 11:51 AM
Ketika umat Islam sedang mengadakan persiapan menjelang sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW esok, dunia dikejutkan laporan bahawa sebuah parti politik Belgium melancarkan kempen anti-Islam dan menghina agama Allah itu.

Lebih memburukkan lagi, ketua parti Vlaams Belang yang berhaluan kanan negara itu, Filip Dewinter, telah mempergunakan gambar anaknya, An-Sofie Dewinter, yang berbikini dan memakai purdah di bahagian kepalanya.

Pada poster itu juga ditampal slogan “Kebebasan atau Islam?” di bahagian buah dada gadis itu manakala dibahagian seluar dalamnya pula terdapat gesaan yang membawa maksud, “Kamu pilih!”.

Menurut laman berita antarabangsa, Dailymail.co.uk, poster kempen anti-Islam anjuran Filip itu bertujuan untuk menggesa golongan wanita supaya menolak Islam dan mereka berhak memilih ‘kebebasan’ berbanding agama tersebut.



“Kami mahu mereka (wanita) faham bahawa mereka sebenarnya mempunyai pilihan (untuk tidak memilih Islam,” kata Filip berhubung kempennya itu.

Selain itu, An-Sofie yang sebenarnya dipergunakan bapanya itu menafikan dirinya dipergunakan untuk tujuan kempen tersebut dan menegaskan bahawa dia bangga dengan poster gambarnya itu.

“Saya sendiri yang mencadangkan (poster tersebut)…kempen (melalui poster itu) ini memberikan gambaran jelas mengenai seluruh perasaan untuk isu ini..sebagai wanita, kita mesti memilih sama ada kebebasan atau Islam,” katanya tanpa rasa malu.

Parti Vlaams Belang turut berkempen bagi menghadkan kemasukan imigran beragama Islam ke Belgium dan bimbang dengan pengaruh Islam yang kian mendapat sambutan di negara tersebut. Difahamkan juga bahawa Filip Dewinter merasakan dirinya sebagai patriot sejati Belgium dan bertanggungjawab bagi memastikan Belgium bebas dari pengaruh Islam.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Suplemen beracun
Suplemen beracun
08-06-2010 1,795 Views 0 Replies
Kematian misteri
Kematian misteri
08-04-2010 1,452 Views 0 Replies
Working women face big pressures in South Korea
Working women face big pressures in South Korea
08-24-2010 1,443 Views 0 Replies
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
Borak Admin Mr.PiNGu Jun 2012
06-25-2012 1,521 Views 0 Replies
Hello !
Hello !
10-23-2012 1,984 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 09:51 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend