Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 9 10 11 12 13 ... 24 Next »

Perkahwinan: Lisa Surihani - Yusri pantang berjumpa 2 minggu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Perkahwinan: Lisa Surihani - Yusri pantang berjumpa 2 minggu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-22-2012, 02:35 AM
Demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari ini, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu.

Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi.

"Sebenarnya saya suka ikut adat tradisi seperti ini, asalkan ianya tidak melanggar suruhan agama. Ibu saya menggalakan agar saya dan Yusry untuk berpantang supaya tidak berjumpa jika tiada sebab penting.

"Jadi kami pun hanya mengikutnya saja. Memandangkan perkara itu baik untuk kami juga. Jadi sejak 10 Februari lalu kami sudah tidak lagi berjumpa atau keluar berdua.

"Cuma, Yusry agak kekok dan susah juga untuk menyesuaikan diri dengan adat ini.

"Namun lama kelamaman, dia kini semakin faham dan sudah boleh menyesuaikan diri," katanya ketika dihubungi oleh portal murai.com.my. Dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari ini, Yusry dan Lisa Surihani bagaimanapun memilih untuk disatukan selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya.

Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya, Lisa Surihani berkata tiada apa yang boleh diungkapkan dengan perasaannya kini selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Yusry.

"Biasanya orang akan cakap pasal debaran saya menjelang hari menjadi seorang isteri, namun terus-terang perasaan berdebar itu belum dapat saya rasakan lagi.

"Sebaliknya, saya rasa berysukur kerana tidak lama lagi Tuhan akan satukan saya dengan lelaki yang saya sayangi iaitu Yusry.

"Malah bagai dirancang, perkenalan kami telah bawa kami ke gerbang perkahwinan," luahnya lagi.

Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry. Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.-murai-
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
09-22-2010 2,203 Views 1 Replies
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
08-07-2010 6,925 Views 1 Replies
baju dalam artis bersepah dalam hotel
baju dalam artis bersepah dalam hotel
11-03-2010 3,497 Views 2 Replies
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
08-31-2023 11,279 Views 18 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,143 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Perkahwinan Lisa-Surihani - Yusri KRU Mr.Pingu 4 4,538 03-03-2012, 06:00 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:33 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend