Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Siti Nuhaliza inspirasi rekaan Rizman Ruzaini

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siti Nuhaliza inspirasi rekaan Rizman Ruzaini
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-13-2010, 03:11 PM


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2010: Pereka fesyen termuda Rizman,26, dan Ruzaini, 26, yang baru bertapak dalam dunia fesyen sejak tiga tahun lepas telah memperkenalkan koleksi Eid ul-fitr yang khusus dijelmakan sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi. Bertempat di Restoran Istana Bambu, Ampang, koleksi fesyen Eid ul-fitri yang berasaskan Kaftan yang dilhamkan dari busana masyarakat Timur Tengah ini telah dipersembahkan di hadapan tetamu undangan dalam sebuah fesyen show yang ringkas.

Selain memperkenalkan rekaan terbaru mereka itu, Rizman Ruzaini turut memperkenalkan rekaan khas yang dihasilkan untuk Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang sememangnya menjadi pujaan mereka sejak dulu lagi. Hadir dengan mengenakan rekaan khas daripada koleksi Eid ul-fitr rekaaan Rizman Ruzaini, Siti Nurhaliza yang telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pertunjukkan fesyen tersebut turut menyatakan rasa bangganya terhadap usaha kedua-dua pereka fesyen muda tersebut.

"Mereka ini sangat bersungguh-sungguh. Siti ingat lagi, waktu mula-mula mereka nak sangat Siti pakai baju rekaan mereka untuk Anugrah Era yang telah ber;langsung kira-kira tiga tahun lepas. mereka datang dan tunjukkan sendiri rekaan itu kepada Siti.

"Setelah beberapa tahun bersama mereka, Siti dapati mereka dapat memahami apa yang Siti mahu dan apa yang sesuai dengan bentuk badan Siti. Itu pun setelah Siti memberikan beberapa komen sebelum mereka dapat mencapai apa yang memuaskan Siti", kanya sewaktu ditemui sejjurus selepas berakhirnya majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini itu.

Manakala Ruzaini pula melahirkan rasa bangganya kerana dapat berkerjasama dengan penyanyi tersohor negara itu.

"Kami rasa sangat bertuah kerana dapat mereka baju untuk Siti. Kami hanya jadikan Siti dan golongan artis lain seperti Ziana Zain yang menggunakan rekaan kami sebegai platform untuk rekaan kami lebih dikenali.

"Alhamdulilah juga, kerana bakat kami telah dilihat dan kami juga telah terpilh untuk menyertai Minggu Fesyen Paris di kota Paris dari 2 Disember hingga 11 Disember ini", katanya.

Keistimewaan koleksi ini juga terletak pada cara pemakaian kaftan yang menggunakan teknik ikat bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai di samping ia bersifat 'flexible' dari segi saiz untuk setiap helaian. Dari segi warna pula, sentuhan warna-warna batu permata mewah menjadi plihan seperti emerald green, ruby red, sapphire blue, topaz yellow dan juga warna yang ceria serta eksklusif untuk sambutan aidilfitir kali ini.

Tentang pemilihan fabrik pula, hampir 90 peratus daripada menggunakan material Italian chiffon silk untuk keselesaan cuaca di Malaysia beserta net fabrik untuk mempelbagaikan lagi koleksi Eid ul-fitr ini. Koleksi Eid ul-fitr ini dijual pada harga RM2,500 hingga RM3,500. Terdapat 20 pasang kaftan edisi terhad yang sudah mula dijual sempena majlis perasmiannya di butik Rizman Ruzaini Creations.

Heart
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
08-19-2010 2,221 Views 0 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,812 Views 0 Replies
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
08-23-2010 1,668 Views 0 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,839 Views 3 Replies
hihi!!!
hihi!!!
03-28-2012 1,940 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 07:42 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend