04-25-2012, 09:07 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebenarnya dah 2 tahun Mr.PiNGu mengambil part time mengajar subjek Fizik di sebuah Pusat Tuisyen di Johor Bahru. Saya lihat ramai pelajar yang lemah untuk menguasai subjek ini. Adakah fizik mata pelajaran yang susah?
Pada pendapat saya, Fizik atau subjek berkaitan sains yang lainnya memang dilihat satu yang agak sukar tetapi sebenarnya jika ditanamkan minat untuk sentiasa mengetahui keajaiban yang ada di alam ini, anda pasti dapat menguasai seterusnya menghargai ilmu sains ini.
Subjek sains tidak sukar dikuasai jika anda membuat banyak bacaan dan membuat banyak latihan tentang subjek ini. Melihat kepada prestasi pelajar saya selama dua tahun ini, saya lihat pelajar seakan-akan takut dan dimomokkan dengan budaya “Sains itu susah dan membosankan” justeru sukar untuk mereka menguasai subjek ini.
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang sains, tanamkan sifat ingin mengetahui dalam diri masing-masing dan sentiasa suka akan topik-topik yang diajarkan sebagai satu respon terhadap ciptaan Tuhan yang maha Esa. Semakin kita mengusai sains, semakin dalam keimana kita kepada Maha Pencipta.
Sekian sahaja.