07-21-2012, 11:39 PM
Aku cukup seram baca pelbagai bentuk kekejaman berlaku di dunia sejak akhir-akhir ini. pembunuhan insan-insan tidak berdosa secara pukal nampaknya tidak berpenghujung. Mengapalah manusia mesti bersikap sebegini? Ni mana nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Ada yang bertindak menurut hawa nafsu tanpa pertimbangan akal dan ajaran agama. Dibawah saya kongsikan salah satu berita tentang pembunuhan yang kejam.
Quote:705 WANITA 'TAK BERMARUAH' DIBUNUH DI PAKISTANISLAMABAD 21 Julai - Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di sini tahun lalu dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’, lapor media tempatan.
Pembunuhan bermaruah itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.
Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat, sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita, berkata dalam satu laporan bahawa, kes-kes pembunuhan bermaruah itu meningkat sebanyak 6.7 peratus pada tahun lalu berbanding daripada tahun sebelumnya. - UtusanOnline

