Kemenangan Shila Amzah di Asian Wave 2012 cukup membanggakan. Beliau memang berbakat. Ini kali kedua beliau menjadi juara untuk pertandingan nyanyian peringkat asia / asian.
Mr.PiNGU personally menggemari kelunakan dan kelantangan Vokal Shila Amzah ni. Terpukau setelah mendengarkan lagu Patah Seribu secara Live masa Road Tour AJL 2011. Sayangnya lagu patah seribu tidak dimasukkan di dalam pertandingan tersebut.. Shila memilih untuk menyanyikan lagu gemilang yang selama ini banyak memberi tuah kepada penyanyinya.
berikut merupakan ulasan kemenangan Shila Amzah di Shanghai..

Quote:21 Sep – Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi.
Berita gembira ini disahkan oleh adik-adik Shila, Syahir dan Syada yang memberikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter.
Quote:"Alhamdulillah. @Shilaamzah is the champion for Asian Wave 2012! Thanks to you guys for voting. Let's trending #TahniahShilaAmzah," dipetik daripada akaun Twitter Syahir.
Bersaing sengit dengan lima finalis dari negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India, Shila telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor, "Grenade" nyanyian Bruno Mars dan juga lagu hit Mandarin berjudul, "Conquering" nyanyian Na Ying.
Pada mulanya, peserta dari China mendahului di tangga teratas dengan undian secara talian iaitu melebihi 140,000, manakala Shila berada di tempat kedua dengan 69,000 undian.
Dipetik daripada sebuah portal hiburan, Shila mengakui terkejut dengan pihak media di China yang melabelkan dirinya sebagai penghalang kepada peserta dari negara republik tersebut menjuarai pertandingan ini.
Pertandingan ini telah bersiaran pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama empat jam.
Asian Wave 2012 adalah program nyanyian versi Cina yang hampir sama dengan sebuah program di Korea Selatan, "I Am Singer" terbitan MBC dan "The Voice" terbitan Mnet