Mengucap panjang aku baca berita ni. Dah la kejadian berlaku tak la berapa jauh dari kampung aku. Camne ada warga bangladesh dekat sana aku pun tak tahu. Gersang giler bangla ni lembu pun dia nak perkosa. Baca berita di bawah ni dengan perasaaan pelik..
Quote:BANGLA LIWAT LEMBU KANTOI - BENGONG
Batu Pahat: Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini.
Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak
mengejarnya.
Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Pernah diberi amaran Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk.
Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan.
Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya.
“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan.
“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
BERITA LAIN:
- Perlukah Masyarakat bergaduh disebabkan hal politik?
- PRU13: parlimen sudah bubarkah?
- Semak daftar pemilih untuk mengundi
- Kejadian Rompakan sepantas 1 saat
- Listen Listen Listen Versi Kelantan

