03-09-2013, 11:39 PM
dalam bola sepak pun ada macam-macam perkara kan. kalau sebelum ni Bola sepak di pahang ada sedikit cerita kini Johor negeriku tercinta pun ada cerita. Apa-aapun aku salute Tengku ismail Sultan Ibrahim yang menerima keputusan seadanya. Semoga beliau akan jadi lebih cekal dan lebih baik selepas ini. 


Quote:Tunku Ismail akur keputusan FAM gantung 6 bulan, PBNJ didenda RM30,000
Petaling Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pantas bangkit memberi hujah, semalam selepas mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat memadam tanggapan wujud elemen ‘double-standard’ dalam membuat keputusan muktamad.
Hukuman ringan ke atas presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu harus menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkritik dan peminat bola sepak tempatan yang membandingkan tempoh penggantungan dua setengah tahun dijatuhkan ke atas dua tokoh sebelum ini - Tan Sri Annuar Musa (Kelantan) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis).
Namun, buat meleraikan perdebatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menerangkan betapa ia satu situasi berbeza memandangkan Tunku Ismail hanya seorang presiden kepada ahli gabungan dan tidak menjawat jawatan dalam badan induk.
“Kami mendapati Tan Sri Annuar juga adalah timbalan presiden FAM... dia orang kanan FAM tetapi dia membuat kritikan, tentu hukuman dia tinggi dan perkara ini sama juga dengan kes Shahidan.
“Tunku Ismail tidak sampai enam bulan memegang jawatan presiden PBNJ dan tidak ada sebarang kaitan (jawatan) dengan FAM,” katanya yang tidak mengulas lanjut perbezaan isu berkenaan.
Sementara itu, Tunku Ismail dalam satu kenyataan di Johor Bahru, semalam berkata beliau akur keputusan FAM sambil menganggap kenyataan media dibuat oleh beliau pada 20 Februari lalu sudah selesai.
Sumber: http://berita.cari.com.my/news.php?id=48054

