Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
1 2 Next »

Juru Rawat Hospital Kerajaan tak Berhati Perut?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Juru Rawat Hospital Kerajaan tak Berhati Perut?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-13-2013, 05:25 PM (This post was last modified: 03-17-2013, 12:59 AM by Mr.Pingu.)
ASSALAMUALAIKUM.. adalah dimaklumkan, daripada respond pihak terlibat melalui akbar bahawa artikel pendek dibawah ini adalah Fitnah yang sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dikhabarkan bayi adalah sihat walafiat =)

Melihat gambar dibawah aku dah seram. Apa yang darah-darah tu bersepah-sepah? Ngeri siot! Dan aku persoalkan bagaimana jururawat disini melayan pesakit? Berikut merupakan situasi yang berlaku.. aku dapat dari facebook.

‎

Quote:
"Kerja Nurse hospital kota bharu, bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase.. bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya..

Nasib baik isteri sendiri yg tnya, klau aku sendiri mmg mkn maki hamun gan aku..walaupun bukan anak sendiri, ingatlah tanggungjawab wahai nurse, esok2 kubur hang jawabla gan Tuhan sendiri..ini bukan anak sy, tp beringtlah kpd sesiapa yg sygkan anak..tolong share.."

"Ward 2 SCN, Pukul 6.30 Pagi td.. B/O Nurul Wahidah Hospital Besar Kota Bharu"

Sy mintak Penjelasan dri KMM

P/S: Dikhabarkan daripada maklum balas pihak Hospital, keadaan ini adalah biasa kerana bilangan kakitangan yang tidak cukup untuk menjaga bayi. Disamping itu, nurse tiada niat mencedarakan bayi. Darah tersebut biasa berlaku tak kira kpd bayi atau org dewasa.. jika ada saluran ambil darah tercabut..

Quote:
PENJELASAN IBU MANGSA:

KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.

“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.

“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.

“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.

“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.

Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Marketing MLM yang melampau menyebabkan orang meluat
Marketing MLM yang melampau menyebabkan orang meluat
08-23-2010 1,462 Views 0 Replies
Abby Abadi Stres dan Masuk Hospital?
Abby Abadi Stres dan Masuk Hospital?
10-08-2011 2,510 Views 0 Replies
Cicak sebagai topping dalam muffin Silverbird!
Cicak sebagai topping dalam muffin Silverbird!
09-05-2010 1,851 Views 0 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,277 Views 1 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,807 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 11:29 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend