Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › eKoNoMi v
« Previous 1 2

Duit baru ilmu baru vs duit lama ilmu lama

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Duit baru ilmu baru vs duit lama ilmu lama
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-05-2013, 05:40 PM
satu artikel yang sangat menarik untuk saya kongsikan buat pengetahuan anda terutamanya yang sangat berminat dalam bidang perniagaan. Tiadak dinafikan perniagaan salah satu sumber kekayaan akan tetapi jangan dilupa, perniagaan juga salah satu penyebab anda MUFLIS! So, kena ada ilmu baru boleh berjaya Blush

Quote:
Fenomena 'duit baru' dan 'ilmu baru'....

Dalam keluarga Cina, tradisi bisnes mereka sudah turun-temurun.

Dengan itu business-wisdom diturunkan dari datuk-nenek kepada ibu-bapa, turun kepada anak-anak, turun kepada cucu-cucu.

Jadi kesilapan yang basic-basic sudah dapat dielakkan oleh si cucu.

Orang Cina menikmati apa yang disebut "old money" dan "old knowledge".

Duit modal bisnes mereka adalah "old money". Duit yang asal-usulnya datang daripada bisnes datuk-nenek mereka.

Ilmu bisnes mereka adalah "old knowledge" yang diturunkan dari datuk-nenek mereka.

Fenomena "duit datuk-nenek" dan "ilmu datuk-nenek" inilah yang membolehkan peniaga Cina sejak kecil sudah tahu apa yang betul dan apa yang salah.

Dalam budaya Melayu, sukar sekali kita berjumpa peniaga Melayu yang menikmati "duit datuk-nenek" dan "ilmu datuk-nenek".

Dalam kalangan bisnesman Melayu kita mempunyai fenomena "duit baru" dan "ilmu baru".

Fenomena "duit baru" dan "ilmu baru" inilah yang sangat berisiko.

Ia melahirkan banyak bisnesman yang muflis dengan hutang beratus ribu pada usia 30-an.

Anak-anak orang makan gaji dan petani tiba-tiba menerima "duit baru" dari bank dan dari MARA.

Orang-orang muda yang tidak pernah tengok duit banyak, malah tidak pernah 'cukup duit', tiba-tiba loannya diluluskan oleh bank ataupun MARA.

Duit yang banyak diberikan oleh bank dan oleh MARA kepada orang-orang yang walaupun "kosong ilmu berniaga", tetapi mereka mempunyai tanah emak-bapak untuk dicagarkan.

Kita boleh tengok bagaimana loan bank dan loan MARA itu dibelanjakan, dan hasilnya.

Dalam kalangan bisnesman Melayu "ilmu baru" mereka datang dari buku-buku teks, pensyarah IPT, pegawai kerajaan, dan motivator-motivator.

Kalau ditanya kepada mereka apa itu 'bank facility' dan apa bezanya dengan 'loan MARA' mereka itu tidak dapat memberi penerangan yang betul. Mereka sendiri tidak pernah mengisi borang bagi mendapatkan 'bank facility'. Mereka hanya pernah mengisi borang 'bank loan'.

Disebabkan dalam masyarakat Melayu kita tidak mempunyai sumber "ilmu datuk-nenek", isunya sekarang, dari manakah calon-calon bisnesman Melayu boleh mendapatkan "ilmu lama" itu?

Ada 2 sumber. Dapatkan "ilmu lama" itu dengan....

1. Berkuli dengan towkay yang sudah berpuluh tahun buat bisnes itu.

2. Belajar dengan cara 'berguru' dari bisnesman Melayu yang sudah 'masak'.

copy paste dari Puan Ainon Mohd. Pengerusi PTS.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
POLIS cuba diselamatkan peserta BERSIH 3.0??
POLIS cuba diselamatkan peserta BERSIH 3.0??
05-04-2012 1,483 Views 0 Replies
Virus Baru Facebook: Cara mengatasi
Virus Baru Facebook: Cara mengatasi
12-22-2011 2,486 Views 0 Replies
SKIM baru SBPA 2012
SKIM baru SBPA 2012
12-04-2011 2,486 Views 0 Replies
Enaknya Coklat nyum nyum
Enaknya Coklat nyum nyum
01-09-2011 4,681 Views 7 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 7,001 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  tips simpan duit confirm jadi tolly 3 2,222 12-24-2019, 02:34 PM
Last Post: fogofo
  Cara Keluarkan Duit ASB online Mr.Pingu 0 1,260 01-05-2019, 12:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Duit Syiling Baru Malaysia bakal keluar 2012 Mr.Pingu 0 2,275 01-27-2012, 11:10 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Wang Kertas baru syiling baru Malaysia 2012 Mr.Pingu 2 6,780 12-25-2011, 06:13 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 02:40 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend