Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › WaRiSaN v
« Previous 1 2 3 Next »

Nelson Mandela : Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Nelson Mandela : Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 06:03 PM


Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 - ) telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918.

Sejarah Awal
Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin.

Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang apartheid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

Pembentukan Liga Pemuda ANC
Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), dimana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang apartheid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo membuka badan ekonomi kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

Penahanan Nelson Mandela
Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, lepas dari pengaruh apartheid.

Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama. Di bawah pimpinannya dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain.

Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu dipenjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup. Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu".

Pulau Robben, dimana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan yang lain.

Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal disana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan.

Berakhirnya Apartheid
Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC. Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Terlambat tukar minyak hitam :(
Terlambat tukar minyak hitam :(
12-17-2018 14,442 Views 26 Replies
Saidina Ali, Lelaki terkuat dalam sejarah?
Saidina Ali, Lelaki terkuat dalam sejarah?
10-14-2011 6,273 Views 0 Replies
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
11-03-2010 1,986 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 11,904 Views 10 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,267 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 08:13 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend