Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › ReMaJa v
1 2 Next »

Perkara yang anda perlu lakukan semasa peperiksaan SPM

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Perkara yang anda perlu lakukan semasa peperiksaan SPM
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-02-2013, 05:50 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Peperiksaan SPM sudah hampir menjelang. Seperti biasa, Pelajar-pelajar tingkatan 5 akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab sebaik mungkin di dalam peperiksaan ini kerana SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia juga dikatakan Sijil Penentu Masadepan (SPM).
Sekarang kalau nak bercakap tentang persiapan akademik tu saya rasa sudah terlewat untuk pelajar tahun ini. Yang saya boleh kongsi adalah sedikit tip yang perlu anda lakukan pada saat-saat genting sebelum dan semasa peperiksaan SPM sedang dijalankan.

1) Saya menganggap sebahagian anda telah melakukan persiapan rapi untuk menghadapi SPM termasuk mengulangkaji setiap bab dalam setiap subjek dan paling penting anda ada menyediakan nota yang sangat ringkas, mengandungi perkara-perkara penting yang telah dirumuskan di setiap bab.

Beberapa ketika sebelum subjek diuji, anda ditegah untuk melakukan ulangkaji berat, cukup sekadar melakukan pembacaan ringan keatas nota-nota yang telah anda buat.

2) Ambil makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga. Kerana, semasa peperiksaan berlangsung, anda perlu mengerahkan tenaga yang banyak untuk berfikir dan fokus. Jika anda hilang fokus dalam menjawab soalan, anda akan mengalami masalah untuk menjawab dengan baik. Saya syorkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan kismis. Boleh juga makan coklat sebelum masuk exam sebab coklat juga pemberi tenaga.

3) Tidur mencukupi. Dapatkan tidur mencukupi untuk mengelakkan anda keletihan di dewan peperiksaan.

4) Buat senaman ringan di luar waktu peperiksaan. Anda perlu sentiasa sihat dan cergas untuk menjawab peperiksaan. Jangan pula melakukan senaman berat kerana dikuatiri akan mengganggu keupayaan tubuh anda dan mungkin mencederakan.

5) Semasa menjawab soalan peperiksaan:

(i) Baca sepintas lalu soalan untuk mendapatkan gambaran dan kemudian lebih mendalam. Pastikan anda memahami soalan sebelum menjawab kerana dikuatiri anda akan kehilangan markah kerana gagal memahami kehendak soalan.

(ii) Jika soalan berbentuk objektif, jawab dahulu soalan yang senang dan anda benar-benar pasti jawapannya. Soalan yang anda kurang yakin jawapannya dan yang anda tidak tahu langsung sila tinggalkan terlebih dahulu. Apabila siap menjawab soalan mudah, kembali ke soalan yang lebih susah. Potong pilihan jawapan yang anda sangat yakin adalah salah. Tinggalkan jawapan yang mempunyai pilihan paling tepat. Berhati-hati juga menjawab soalan mudah kerana anda mungkin kehilangan markah jika tersilap memahami kehendak soalan.

(iii) Soalan berbentuk esei, pastikan anda menulis dengan ayat yang ringkas dan padat penuh isi. Elakkan menulis berbunga-bunga bahasa kerana ia hanya akan membuang masa anda.

(iv) Jika menjawab soalan karangan bahasa melayu / inggeris, pastikan anda menggunakan tatabahasa yang betul. Menulis dengan ayat yang ringkas dan padat dengan isi serta huraian dengan tatabahasa yang betul lebih baik berbanding cuba menulis dengan ayat yang panjang kerana dikuatiri anda akan membuat kesalahan tatabahasa yang mana markah akan ditolak dari situ.

(v) Soalan berbentuk jalan kerja, pastikan anda menulis formula terlibat sebelum melakukan pengiraan. Formula adalah sangat penting dan mendapat markah. Anda masih mendapat markah walaupun salah dalam melakukan pengiraan sekiranya anda menulis formula / jalan kerja.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
jom layanzz: Kung Fu Panda 2 - The Kaboom Of Doom
jom layanzz: Kung Fu Panda 2 - The Kaboom Of Doom
01-09-2011 2,992 Views 0 Replies
Perlukan Solat Jumaat Jika hari Raya Jatuh pada Hari Jumaat?
Perlukan Solat Jumaat Jika hari Raya Jatuh pada Hari Jumaat?
12-13-2010 2,026 Views 0 Replies
Anda ada Hobi tak?
Anda ada Hobi tak?
08-17-2010 4,105 Views 5 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 9,960 Views 1 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 5,885 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 09:03 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend