Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 33 34 35 36 37 ... 40 Next »

Rakyat perlu fikir masa depan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rakyat perlu fikir masa depan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,501
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-01-2010, 10:30 AM

NAJIB diiringi Zainal Abidin bersalaman dengan tetamu ketika tiba pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan di Pusat Persidangan Sime Darby, Kuala Lumpur, malam tadi.

Najib ingatkan kehilangan kuasa BN beri kesan pembangunan, kebajikan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengingatkan rakyat bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan terhadap pembangunan dan kebajikan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu membuat pilihan kerajaan yang terbaik untuk membetulkan keadaan pada masa depan. Andai kita hilang kuasa, projek yang murni (projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tapak milik Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Selangor) pun ditolak mentah-mentah, nak buat program balai raya pun gagal dibina dan pelbagai lagi. Ini peringatan kepada kita supaya jangan pisang berbuah dua kali kerana kita ada peluang untuk membetulkan keadaan ini, katanya pada Malam Sejuta Harapan Ke-6 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bertemakan Malam Harum Kasturi di Pusat Persidangan Sime Darby di sini, malam tadi.

Majlis itu diadakan bagi mengumpul dana membiayai kos operasi Pusat Bimbingan Kanak-Kanak Istimewa (PBKi) yang akan dibina YBK di Serendah, Selangor, selain sambutan ulang tahun ke-20 yayasan berkenaan.

Pada majlis sama, YBK turut menyampaikan Anugerah Sukarelawan Cemerlang kepada peserta Desa Kasih Merbau Berdarah, Ahmad Nayan, 62, untuk kategori lelaki, manakala kategori wanita kepada Nor Rihan Abdullah, 54, dari YBK Hulu Selangor.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Awal tahun ini, kerajaan Selangor memutuskan mengambil semula tanah milik YBK di Serendah seluas 312 hektar itu atas alasan tidak bayar tunggakan cukai RM5.7 juta. Tapak itu mulanya dicadangkan untuk membuka kampus cawangan UiTM.

Perdana Menteri juga menyatakan impian beliau untuk melihat kawasan tanah YBK di Serendah, yang sepatutnya dibina kampus UiTM itu dibangunkan. Jika tidak dengan projek UiTM, projek apa pun tak apalah, asalkan tapak YBK boleh dimajukan untuk menjana pendapatan bagi golongan miskin dan memerlukan pertolongan.

Mungkin jika Selangor dipimpin semula oleh BN, hasrat ini boleh menjadi realiti dan kenyataan, katanya. Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik dalam semua perancangan yang dirangka seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

Malah, tonggak gagasan 1Malaysia adalah prinsip keadilan sosial, yang sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperjuangkan golongan berpendapatan rendah sampai miskin tegar melalui pendidikan, kemahiran, latihan, Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Projek Perumahan Rakyat, subsidi, kebajikan, pemakanan, mikro kredit dan pelbagai lagi sama ada secara langsung atau tidak, katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Abang robohkan kediaman adik
Abang robohkan kediaman adik
08-10-2010 1,539 Views 0 Replies
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,244 Views 0 Replies
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
08-04-2010 1,382 Views 0 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,304 Views 1 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,519 Views 4 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  KKM sudah berada pada tahap maksima, Rakyat perlu ambil peduli isu Covid-19 Mr.Pingu 0 866 05-23-2021, 01:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat Malaysia perlu Sedar Pendirian Malaysia terhadap Isu Israel / Palestin Mr.Pingu 0 771 05-16-2021, 07:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat Malaysia perlu sama-sama memerangi Covid-19 dari terus menular Mr.Pingu 0 963 10-11-2020, 01:56 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat perlu bijak guna hak mereka sebagai pengguna: Ismail Sabri Mr.Pingu 0 1,886 10-29-2011, 08:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Masa Depan Melayu-Bumiputera Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat Mr.Pingu 0 1,760 09-29-2010, 04:34 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-25-2026, 06:04 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend