Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 35 36 37 38 39 40 Next »

Timur: Letak kereta tengah jalan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Timur: Letak kereta tengah jalan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-22-2010, 01:59 PM
bhkb@bharian.com.my
2010/08/19

KOTA BHARU: Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung bazar Ramadan Peringat dekat sini, yang meletak kenderaan di tengah jalan menjadi punca kesesakan lalu lintas sejak awal Ramadan ini.

Sikap pengunjung terbabit juga dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan kerana jalan menghala ke Melor itu menjadi laluan utama pemandu menuju ke Pasir Puteh. Tinjauan Edisi Timur mendapati bazar itu sering sesak dengan pengunjung yang kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran termasuk dari bandar ini dan Pasir Puteh khusus membeli juadah berbuka puasa. Kekurangan tempat letak kereta dan sikap pengunjung yang enggan berjalan jauh, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan meletak kenderaan di tepi jalan, tanpa mempedulikan tindakan itu sebenarnya menghalang aliran kenderaan lain.

Pengunjung bazar, Rosnah Mat Noor, 55, berkata sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan yang sengaja meletak kenderaan di tengah jalan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. Selain itu, pemandu lain akan terkeliru apabila melihat kenderaan berada di tengah jalan. Malah, saya sendiri pun menjadi keliru apabila melihat deretan kenderaan di laluan tengah, katanya.

Pengunjung, Isma Hafiza Ismail, 37, berkata pemilik kenderaan seharusnya mengambil kira aspek keselamatan pemandu lain, bukannya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak sepatutnya meletakkan kenderaan di tengah jalan kerana ia boleh membahayakan pemandu lain dan juga orang yang melintas jalan.

Abdul Razak Bakar, 50, berharap pihak berkuasa segera menjalankan pemantauan bagi mengelakkan pemandu meletak kenderaan di kawasan tidak sepatutnya. Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di tengah jalan. Tindakan mereka ini boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan lain dan menyebabkan berlakunya kemalangan, katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
08-09-2010 3,310 Views 2 Replies
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
Malaysia's Anwar loses bid to lift sodomy charges AFP - Monday, August 16
08-23-2010 1,090 Views 0 Replies
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
08-04-2010 1,348 Views 0 Replies
Kehangatan F1 kini bermula!!!!!!
Kehangatan F1 kini bermula!!!!!!
03-12-2012 6,406 Views 13 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 2,904 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 08:13 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend