08-22-2010, 02:10 PM
2010/08/19

Roberto Mancini

Alex Ferguson

Roberto Mancini

Alex Ferguson
LONDON: Roberto Mancini tampil membidas Alex Ferguson, semalam apabila berkata Manchester City bukan gila mahu berbelanja besar membeli enam pemain menguatkan cabaran mereka, musim ini.
Saya hormati pandangannya. Tapi saya mahu ulangi Manchester United seperti City juga berbelanja besar dulu. Apa bezanya sekarang, kata pengendali berbangsa Itali itu. Mancini berkata adalah wajar kenyataan itu dibuat lebih teliti kerana Ferguson juga berbelanja besar satu ketika untuk mencipta banyak kejayaan, termasuk menjuarai Liga Perdana Inggeris 11 kali. Pengurus City itu menambah: Semua pasukan lain juga berbelanja besar sebelum ini. Saya tidak bermaksud 15 tahun lalu tetapi pada dua tiga tahun terakhir ini.
Kelmarin, Fergie membidas rakan sejawatan pasukan tetangga itu apabila menyifatkan perbelanjaan City berjumlah RM754 juta ibarat lagak wira Jepun melakukan Kamikaze (bunuh diri sendiri) dan menambah sesebuah pasukan tidak boleh mendapatkan semua dengan wang semata-mata.
City menambah dua lagi bintang baru James Milner dari Aston Villa dan Mario Balotelli (Inter Milan) dan perkembangan itu menerbitkan rasa gelisah kepada pengurus lain, termasuk pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti yang bimbang mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka bakal terancam. Agensi