Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 19 20 21 22 23 24 Next »

Ziana Zain tercalon dalam FFM23

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ziana Zain tercalon dalam FFM23
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-01-2010, 11:13 AM
Credit to Berita Harian
Siapa akan julang trofi FFM23 nanti?
2010/10/01

KETIKA ini, Cik Normah yakin ramai penggiat seni terutama barisan pelakon yang sudah pun menempah baju glamor masing-masing bagi memeriahkan acara kemuncak malam anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23, yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 24 Oktober ini.

Maklumlah, sudah tidak sampai sebulan sebelum malam kemuncak berlangsung, jadi tentunya segala persiapan perlu diatur. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berasakan dirinya akan turut tersenarai sebagai calon akhir pada malam terbabit. Bagi artis yang bakal menjayakan acara persembahan, penyampaian trofi dan diundang keacara permaidani merah pun sudah tentu tidak mahu ketinggalan untuk kelihatan sama-sama menarik.
Cik Normah dengar cerita, banyak juga aktiviti yang disusun bagi menyemarakkan lagi FFM24, dari 20 hingga 24 Oktober ini. Antaranya termasuk tayangan perdana, tayangan umum bagi kesemua filem bertanding di tiga pawagam terpilih dan aspirasi filem.

Acara kemuncaknya pula akan menemui penonton secara langsung di TV1 dan Astro Prima, mulai jam 8.30 malam. Apabila tibanya FFM, topik yang pasti dibualkan peminat dan pemerhati industri filem tentunya judul mana yang akan diangkat sebagai terunggul, serta pelakon mana pula berhak menjulang trofi lakonan terbaik? Cik Normah sendiri tentunya mempunyai pilihan peribadi.

Cuma masalahnya, apabila dibelek-belek senarai hampir 30 filem tempatan yang bertanding kali ini, Cik Normah rasa tidak banyak judul yang benar benar mampu menonjol seperti festival terdahulu. Kebanyakan filem yang ditayangkan pada separuh kedua tahun lalu dan tahun ini lebih bersifat komersial, sama ada daripada genre drama, komedi, aksi, seram mahupun filem gabungan genre terbabit.

Jika ada pun judul yang Cik Normah rasa boleh memberikan cabaran, rasanya ia datang daripada filem seperti Muallaf, Ais Kacang Puppy Love, Kapoww, Evolusi KL Drift 2, Estet, Belukar dan Pisau Cukur. Cik Normah pilih filem berkenaan kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai filem tempatan yang cuba menonjolkan kelainan dalam penceritaan dan gaya persembahan.

Dua filem yang turut bertanding iaitu Haq dan filem yang sudah pun mencetuskan kontroversi sebelum masuk panggung, Dua Alam, pula belum ditayangkan kepada umum. Jadi, Cik Normah tak beranilah nak letak harapan bukan-bukan kepada dua judul terbabit, buat waktu ini. Kalau untung sabut, timbullah ia nanti.

Dari segi pelakon pula, rasanya nama seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, AC Mizal, Harun Salim Bachik, Zul Huzaimi, Adi Putra, Fazura, Ziana Zain, Sharifah Amani, Daphne Iking dan Yana Samsudin antara nama mungkin akan melekat ke senarai terakhir.

Apa saja keputusannya nanti, kita pakat tunggu ramai-ramai depan TV.
Jangan pula ada yang melenting kalau calon pilihan mereka tidak Cik Normah senaraikan di sini. Ini cumalah pilihan peribadi Cik Normah saja.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ina Naim mengandung anak kedua
Ina Naim mengandung anak kedua
10-14-2010 2,173 Views 0 Replies
Serah tubuh demi album
Serah tubuh demi album
09-07-2010 1,432 Views 0 Replies
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
08-27-2010 2,775 Views 1 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 5,426 Views 7 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 3,088 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ziana Zain Menangis kerana Kematian Whitney Houston Mr.Pingu 0 1,792 02-14-2012, 11:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain? Mr.Pingu 0 1,961 09-07-2010, 05:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata" Mr.Pingu 0 2,077 08-06-2010, 12:13 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-27-2026, 07:16 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend