11-30-2015, 06:56 PM
Hi Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama tak bercerita tentang Innity. Nak update sebenarnya dalam beberapa bulan ni saya perasan blog/website saya tidak pernah berhenti memaparkan iklan daripada Innity. Setiap masa pasti ada. Saya cuba pusing-pusing blog lain yang menggunakan innity pada masa sama tetapi yang saya lihat hanyalah banner hijau daripada innity yang menunjukkan iklan tidak ada untuk dipaparkan.
Saya berasa hairan. Mengapa website saya banyak memaparkan iklan namun tidak bagi website-website yang saya lawati itu. Dalam masa sama memang banyak campaign iklan telah diberikan dalam akaun Innity saya.. Saya kira lebih 59 iklan telah diberikan di dalam akaun saya untuk dipaparkan pada masa ini. Satu jumlah yang cukup banyak. Namun begitu, trafik saya sejak kebelakangan ini jatuh menjunam dengan teruk kerana masalah Hosting/Domain provider.
Google seolah-olah telah mengenakan pelnati kepada website gempakz.org kerana masalah tersebut. Dahulunya artikel-artikel dalam website ini cepat diindeks dan diletakkan dalam page pertama google.com namun sekarang tidak lagi. Saya pasrah sahaja. Mungkin ada hikmahnya.
Saya akan tetap berusaha keras untuk menaikkan kembali website ini yang pernah satu masa dahulu mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Sekian sahaja.


