05-08-2016, 12:04 PM
Tadi buka facebook, saya tertarik dengan perkongsian saudara Rizal Hakim tentang seorang Malaysian yang kerja di Australia.. berikut merupakan posting beliau:
Quote:
Ni 2nd job aku di Australia..Perah susu lembu..Bila dah dapat Visa aku stop kerja petik buah..bukan aku belagak ka apa..nak dok lama kt cni kena start bayar tax..kena cari la kerja yg bayar tax..bila dah legal dan ada visa nk kerja apa pon dah bleh..gaji lumayan gak la..sebulan kalau duit najib mau rm12k..tolak tax saja dah dah rm3k..bersih dapat la rm9k..Alhamdulillah..Syukur.. $$ Nak migrate cni bleh pm aku..tapi start dgn kerja farm dlu la..Cdt FB Rafiz Abd Malek
Dan banyaklah komen yang diberikan oleh Netizen yang positif dan negatif. Namun, antara banyak-banyak komen tersebut, saya tertarik dengan komen panjang lebar daripada saudari Ika Izani berhubung topik tersebut. Lebih-lebih lagi, beliau ada pengalaman hidup di negara Kangaroo tersebut. Berikut merupakan komen beliau yang mempunyai input yang bagus:
Quote:Saya tak paham apsal orang2 ni nak sentap dengan post ni. Saya tengok takde pun lelaki tu tulis nada nak menunjuk dengan rezeki dia ke apa. Dia just mention je berapa dia dapat bulan2. Siap nak tolong orang lagi. Dan takde pun dia paksa2 orang suruh kerja kat oz. kalau ada kelurga kat malaysia, ikut suka korg lah nak keja mana yg senang utk korg. Tak faham kenapa nak bash lelaki ni. Adei....
Lagi satu yang kata barang kat oz mahal apa semua,Ye mahal, kalau convert.
Ambik contoh gaji dia RM9000/3 = AUD3000 (Saya ambik exchange AUD1 = RM3 je senang sebab average lebih kurang macam tu).
Nak tau brape harga barang dapur basic kat oz? Ni saya list kan sikit2 (in AUD, jangan convert. Kalau convert mmg korg tak makanlah kat sana. Plus korg keja dapat duit in AUD, bukan MYR dah) :- roti ala2 gardenia paket besar $0.75- pasta sauce 1 botol $2- spaghetti (tak masak lg) 1 peket $0.80 pun ada- susu segar 1 litre $0.80 masa sale (sale like every 2 weeks wajib ada, boleh stock up)- beras 10kg $10 masa sale (boleh stock up jgk, kami dulu selalu beli 5-6 paket terus haha)- salad segar $2 paket utk 4 orang makan- kentang 5kg $2 boleh dapat kdg2- bawang 5kg $2- buah2 mmg murah gila dan sangat fresh. Strawberry $2.50 250gram. Tapi buah2 asia mcm durian, manggis apa tu mahal gila lah haha- kicap kipas udang/jalin $4.50 botol besar-kepak ayam $2.50/kg-peha ayam & sosej besar (bukan frankfurter 3.50/kg
Senang kata belanja barang dapur tak lebih dari AUD100 pun sebulan untuk makan 4-5 perut satu rumah. Malaysia ni mana nak dapat murah mcm tu. Pergi pasar beli barang stok seminggu utk 4-5perut pun dah spend dekat RM50.
Barang2 asian mcm budu apa semua tu senang je nak dapat. Asian groceries banyak. Malah boleh dapat beli barang dari negara lain lagi sebab kepelbagaian bangsa yang tinggal kat sana. Chop halal pun senang jumpa. Harga pun murah kalau bayar guna AUD. AGAIN, jangan convert. Tak makan nanti.
Bill :- high speed internet unlimited $80/month- bill handphone (with free iphone/samsung/htc/sony etc lah) $50/month (2 years contract) dah boleh dapat. Even cheaper pun ada.
Sewa rumah (kalau bujang senang boleh share). Harga tengok area. Tapi kalau kerja ladang mcm ni rumah kat pedalaman. Murah. Mungkin dalam $1400 satu rumah or even less. Share la 6 orang ke, tinggal bujang kan. Baru brape ratus dollar. Sama je mcm malaysia (jangan convert). Rumah kat oz pun selesa sangat. Dan luas. Siap ada lawn fronttard backyard lg.
Tapi of course belanja untuk bill2 letrik dan gas mahal sikit. Kena pkai heater waktu winter kalau tak tahan sejuk. Tapi tak semu tempat dalam australia tu yang ada musim sejuk melampau. Sejuk dia pun takdelah sampai ada salji. Setakat 2-3degree celsius paling sejuk tu pun pukul 3pagi. Dah ada matahari naik jadi 10degree je.Tapi slalu bujang2 or orang dewasa ni tak kisah sgt sejuk ke apa. Pakai je sleeping bag nak tidor. So whole house (say 6 penyewa), $500 utk 3 bulan.Baru brape utk sebulan.
Kereta pulak, beli je yg 2nd,3rd,4th hand ke haha audi or honda city yg baru 2-3 tahun guna pun dah boleh dapat dalam $10,000 je. Road tax $700 setahun. Share la kereta kalau rasa tak guna sangat. Public transport pun murah. Kalau tak convert jadi MYR dan just compare dari segi nombor je, lagi murah dari malaysia.
Minyak petrol, $1.30-1.60/litre (harga berubah hari2). Murah kalau dapat gaji in Oz dollar. Pernah masa summer minyak drop sampai 99sen/litre. Biasa minyak masa summer murah dari masa winter.
Tapi, betul apa yg ada sesetengah cakap, medical fees mahal gila kat sana. Kena ambik medical insuran kalau nak senang. Dentist cost sgt mahal. Medical checkup setakat nganga mulut chech pernafasan cmtu pun saya pernah kena caj $70. Jumpa doktor dlm 5-10minit je.
Makan kat restoran mmg agak mahal compare to malaysia (nasi lemak $12/pinggan). Tapi malaysia pun sama mahal dan kita bukannya nak makan kat luar hari2 kan lagi2 kalau kerja kat pedalaman. Restoran malaysia mmg takde. Kena pergi bandar besar baru ada. Malaysia pun sama bukan hari2 kita makan luar sbb nak jimat. Lagi best masak dengan housemate kawan2 semua. Dan jangan kecam saya, sepanjang saya duduk oz, makanan malaysia yang saya rasa kat sana mmg lagi sedap dari malaysia 😁 taktau lah kenapa haha
4 tahun saya duduk kat australia duit cukup je. Saya dapat $980 je sebulan dari MARA (thanks MARA). Tapi lagi selesa dari kat malaysia wpun duit tu nak cover buku2 study lagi, printing cost semua. Serious. Kat sana pun takde tol (only kat few negeri je ada. Tu pun ada 1-2 tol je. Bukan mcm kat malaysia). Boleh savings jgk wpun sikit. Nak duit lebih, kerja je part time. Cleaner pun dorg bayar $15/hour kat sana tau.
Kesimpulannya, kalau tak pernah TINGGAL di australia (setakat holiday for few days je), jangan memandai2 nak kutuk sana sini pasal orang yang kerja sana.
Dia berusaha juga untuk improve kehidupan dia dan bukannya pergi mencuri pun.
Dan dia tak cakap pun directly malaysia ni teruk ke apa. Nak keja australia silakan. Keja malaysia pun silakan. Tiada paksaan.
Saya nak bagi pencerahan je ni. Jangan kecam saya hehe 😁
Thank you sudi baca.
Ps: saya dah balik kat malaysia. Saya sendiri yang nak kerja kat malaysia. Keluarga saya semua kat sini and it's my own choice. Takde sape2 paksa pun. Tapi kalau diberi pilihan of course nak kerja kat oz haha ada 4 musim (especially bila malaysia tengah panas skrg. Merungut jugak la kadang2 sbb skrg ni dorg tengah winter. Saya lg prefer sejuk gila dari panas melekit. Sorryyyy.


