Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KeRJaYa v
« Previous 1 2 3

Pekida bukan samseng

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pekida bukan samseng
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-23-2010, 06:16 AM
BERA – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan yang lebih 20 tahun bertapak di negara ini berlandaskan agama Islam dan ia bukan pertubuhan samseng.

Setiausaha Agong Pekida Malaysia, Mohd Zain Ghazali berkata, berikutan penghijrahan ahli asal (dari negeri Kedah dan Perlis) ke seluruh negeri menyebabkan penghayatan matlamat Pekida berbeza mengikut kebudayaan sesuatu kawasan baru.

“Pekida mula dipandang serong masyarakat pada 1990-an, apabila terdapat golongan muda yang menyertai pertubuhan ini, tidak memahami asas kami.

“Malah, mereka mempunyai matlamat yang berbeza dan mahu mengambil kesempatan dengan nama Pekida,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Daerah Negeri Pahang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Ayahanda Malaysia, Mohamad Yatim Md Rajam dan Pemangku Pengerusi Pekida Negeri Wan Abd Rashid Wan Semail. Mohd Zain berkata, berikutan beberapa kes itu, Pekida melaksanakan proses pemutihan yang secara tidak langsung dapat memulihkan nama Pekida dengan melakukan penapisan semula dan pendakwahan dalaman kdalam kalangan ahli-ahlinya. Menurutnya, antara langkah yang dilakukan ialah berkongsi senarai nama keahlian dengan balai polis di setiap daerah supaya dapat memantau penyalahgunaan nama Pekida oleh mereka yang bukan ahli.

“Ramai yang mengaku ahli Pekida, tetapi sebenarnya mereka hanya menggunakan nama itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Sekiranya Pekida mendapati bahawa terdapat individu bukan ahli menggunakan nama Pekida, kami boleh membuat laporan polis mengenai perkara itu,” katanya.

Selain itu, ahli Pekida yang bersubahat juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya sehingga membolehkan keahliannya dilucutkan. Menurut Mohd Zain, pihaknya kini dalam proses mengemas kini data ahli dan berhasrat untuk menyediakan kad keahlian dengan dilengkapi cip supaya tidak mudah ditiru.

“Kita harap, matlamat ini tercapai supaya proses pemutihan itu dapat dilaksanakan 100 peratus,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Doktor Noor Hisham bin Abdullah terima Felloship Royal College of Surgeons Edinburgh
Doktor Noor Hisham bin Abdullah terima Felloship Royal College of Surgeons Edinburgh
05-21-2021 696 Views 0 Replies
"Ku ada kamu - adira" Bukan lagu ciplak: Edry abd halim
"Ku ada kamu - adira" Bukan lagu ciplak: Edry abd halim
11-20-2010 2,447 Views 0 Replies
PELUANG BISNES USAHAWAN FINGO SEBAGAI PEMILIK KEDAI ONLINE RIBUAN PRODUK IMPORT MURAH
PELUANG BISNES USAHAWAN FINGO SEBAGAI PEMILIK KEDAI ONLINE RIBUAN PRODUK IMPORT MURAH
08-31-2019 1,877 Views 1 Replies
pingu baru
pingu baru
01-31-2012 2,183 Views 2 Replies
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
12-13-2010 2,265 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 12:46 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend