Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
« Previous 1 2 3 4 5

Variasi lauk-lauk Belanga

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Variasi lauk-lauk Belanga
loritah Offline
Junior Member
*
Posts: 47
Threads: 22
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
09-07-2010, 12:13 AM

LAUK-PAUK dihidangkan dalam periuk belanga bersesuaian dengan nama restoran itu sendiri, Sajian Belanga.

RESTORAN Sajian Belanga di Desa Pandan, Kuala Lumpur sudah 16 tahun beroperasi. Meskipun dikelilingi dengan premis restoran, kafe dan restoran makanan segera yang pelbagai ia sedikitpun tidak menjejaskan perjalanan restoran tersebut.

Sebaliknya tahun demi tahun Restoran Sajian Belanga berjaya menambat hati setiap lapisan masyarakat terutamanya residen yang menetap di kawasan kejiranan. Kesibukan restoran itu jelas dirasai sepanjang bulan Ramadan ini. Kebanyakan individu tidak melepaskan peluang berbuka puasa dengan menikmati lebih daripada 80 jenis lauk-pauk ditawarkan di restoran itu setiap hari.


ONN SAPRI lebih selesa memasak sendiri semua hidangan.

"Bukan mudah untuk bertahan dalam tempoh yang lama. Memandangkan pada hari ini orang ramai mempunyai banyak pilihan restoran, gerai atau kafe. Malah, mereka bebas memilih untuk menjamu selera dengan masakan Barat, Cina, Thai mahupun sajian tradisional Melayu.

"Sebab itu sejak memulakan bisnes sehingga hari ini, saya tidak pernah mengupah khidmat tukang masak. Saya berasa puas memasak sendiri lauk-pauk, manisan dan kuih-muih. Ini bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan dijaga," ujar Pengasas Restoran Sajian Belanga, Onn Sapari, ketika ditemui Kosmo! di restorannya baru-baru ini. Apatah lagi, beliau amat menitikberatkan aspek kualiti dan mutu rasa masakan terutamanya untuk juadah berbuka puasa.

"Makanan yang dimasak mengandungi rencah dan ramuan yang secukupnya. Jadi seisi keluarga dapat menjamu selera dalam suasana gembira," tutur Onn yang turut menyatakan kebanyakan pelanggannya lebih gemar membungkus juadah dan berbuka di rumah.


LALA MASAK LADA.

Selain terkenal dengan signatur sup tulang berempah, restoran yang beroperasi dari pukul 3 petang itu akan berterusan dikunjungi pengunjung hingga ke malam. Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan kerabu dan menu utama yang bermacam-macam.

Antaranya ikan masin masak lemak nanas, daging salai, lala berlada, lauk kari, lauk kurma, ikan bakar dan ikan pari asam panas. Tidak ketinggalan ulam-ulaman dan pecal yang didatangkan bersama kuah kacang yang istimewa.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cara Membuat Milky Mango Iced Blended
Cara Membuat Milky Mango Iced Blended
04-04-2020 3,186 Views 3 Replies
Cara Masak Sambal Petai Udang Cara Rdija
Cara Masak Sambal Petai Udang Cara Rdija
09-17-2019 1,363 Views 0 Replies
Resepi Sambal tempe
Resepi Sambal tempe
10-26-2010 23,456 Views 20 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 3,029 Views 1 Replies
siapa la aku..jika tidak di sapa...
siapa la aku..jika tidak di sapa...
12-08-2013 2,216 Views 2 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 08:43 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend