Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 32 33 34 35 36 ... 40 Next »

Masyarakat India Kelantan tidak merungut - DHPP

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Masyarakat India Kelantan tidak merungut - DHPP
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-24-2010, 08:22 PM
Muhammad Yusri Amin

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Balasubramaniam Nachiappan mendakwa masyarakat India termasuk di Kelantan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari Barisan Nasional (BN) khususnya MIC yang menjadi komponen BN sejak lebih 50 tahun lalu.



Bagaimanapun, Bala yang sebelum ini berjuang dalam Kelab Penyokong PAS dan berpengalaman sebanyak 11 kali dalam mendepani pilihan raya berkata, sejak 20 tahun lalu masyarakat India khususnya di Kelantan tidak pernah merungut berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang dipimpin ulama yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya sudah banyak kali datang ke Kelantan dan saya lihat rakyat dari kalangan India tidak pernah merungut mengatakan Tok Guru Menteri Besar tidak membuat apa-apa.

“Saya melihat di Kelantan, Tok Guru sudah 20 tahun memerintah negeri ini dan beliau melayan rakyat dengan adil tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik,” katanya kepada media ketika melakukan lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Galas dekat sini, semalam. Turut serta Ketua Penerangan dan AJK DHPP Pahang, P Kanagarajah dan S Vadivelu.

Bala menyifatkan Pilihan raya Kecil N.45 Galas pada 4 November ini petanda baik bagi PAS kerana pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu rakyat di Galas telah memilih calon PAS.

“Pilihan Raya Kecil Galas, bagi kami sangat mudah membantu kempen, ini kerana kami berpengalaman termasuk bagaimana cara menjalankan kempen dan bersama dengan pengundi-pengundi termasuk pengundi India yang seramai 185 orang.

“Di Kelantan khususnya di Galas, orang India tidak banyak masalah, ini kerana kebanyakan permasalahan yang dihadapi mereka telah berjaya diselesaikan Kerajaan PAS Kelantan,” katanya yang akur bahawa masyarakat India di negeri ini mendapat keadilan dan kebajikan di bawah kerajaan yang ada. Selain itu, menurut Bala, Tuan Guru Menteri Besar faham kehendak rakyat dan melaksanakannya menurut peraturan ditetapkan Islam.

“Jadi atas kepercayaan itu, kami memang menyokong, bahkan kini orang India sudah pun faham dasar Islam yang memudahkan kami menangani pengundi-pengundi pada PRK Galas nanti,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
Ugut terjun bangunan kalau tak dpt cuti bulan Ramadan!
08-13-2010 1,635 Views 0 Replies
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
08-04-2010 3,354 Views 4 Replies
Monster croc predicts Gillard victory
Monster croc predicts Gillard victory
08-22-2010 1,290 Views 0 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,335 Views 0 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,084 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-24-2026, 03:36 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend