Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 32 33 34 35 36 ... 40 Next »

Ramai Pesakit Abai Solat!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ramai Pesakit Abai Solat!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-01-2010, 09:28 PM
KUALA KRAI – Masih ramai individu yang berada dalam kesakitan atau keuzuran sering meninggalkan solat dengan mengabaikan hakikat bahawa solat perlu dikerjakan sama ada pada waktu damai, perang, sihat atau sakit.

Penolong Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Mohd Kashwadi Abdul Ghani berkata, jika berlaku sebarang kesulitan, maka Islam menetapkan beberapa kaedah untuk membantu umat Islam melaksanakan tuntutan solat. Menurutnya, dalam beberapa ibadat seperti puasa atau mengerjakan haji hanya wajib dilaksanakan jika berkemampuan, tetapi tidak bagi solat yang diwajibkan dalam apa juga keadaan.

“Islam adalah agama yang toleransi dan tidak membebankan umatnya. Dalam hal solat misalnya, ia diwajibkan dalam apa juga keadaan tanpa kompromi tapi mempunyai beberapa kelonggaran.

“Kebanyakan mereka yang sakit mengabaikan solat, sedangkan ia tidak boleh diabaikan dan wajib dikerjakan kecuali seseorang pesakit itu tidak sedarkan diri,” katanya ketika memberikan ceramah kewajipan bersolat oleh orang sakit, dekat sini.

Menurutnya, pengetahuan mengenai kewajipan solat perlu diketahui semua orang dalam pelbagai kelonggaran berasaskan syarak untuk memudahkan ia dikerjakan.

“Sebagai contoh, Ali bin Abi Talib berkata, bagi keadaan luka yang berbalut, tidak disyaratkan supaya balutan itu dibuka, cukup sekadar disapukan air wuduk di atas balutan tersebut dan solatnya sah tanpa perlu diqada.

“Manakala bagi pesakit yang tidak boleh terkena air boleh bertayamum sahaja. Bagi yang tidak boleh terkena air atau debu, maka gugurkan kewajipan bersuci baginya dan boleh mengerjakan solat seperti biasa,” katanya.

PINGU: sesungguhnya Solat adalah tiang agama.. jgn meninggalkannya walaup serakaat sekalipun..
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
wook jamin untuk suami demi kasih sayangnya
wook jamin untuk suami demi kasih sayangnya
08-19-2010 1,242 Views 0 Replies
malaysia Ramai janda muda
malaysia Ramai janda muda
08-08-2010 2,737 Views 0 Replies
Duit loteri habis, petani bakar diri
Duit loteri habis, petani bakar diri
08-08-2010 1,429 Views 0 Replies
Football fever hits again !
Football fever hits again !
06-29-2012 3,785 Views 5 Replies
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
Soalan sama dijawab oleh tiga orang manusia.. renung-renungkanlah
08-08-2010 1,690 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend