Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Faizal Tahir : Saya Mungkin Tidak ke Final

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Faizal Tahir : Saya Mungkin Tidak ke Final
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-06-2010, 01:52 AM


Walaupun mendapat tiga pencalonan untuk Muzik-Muzik Separuh Akhir nanti, tetapi 'Superman Malaysia' ini berterus-terang memberitahu yang dia berkemungkinan tidak akan ke peringkat akhir. Bukan kerana masalah kesihatan, tetapi berkemungkinan kerana lagunya tidak terpilih. Jelas Faizal, dia berkata begitu bukan kerana tidak yakin dengan lagu-lagunya, tetapi kerana banyak pencalonan yang bagus-bagus.

"Walaupun saya mendapat tiga pencalonan, tetapi ada kemungkinan lagu-lagu ini tidak terpilih untuk ke peringkat akhir. Saya berkata begini kerana saya melihat banyak lagu yang bagus-bagus bertanding kali ini.

Saya rasa lagu 'Drama King' ciptaan Taja (Meet Uncle Hussien) boleh menang. Lagu ini sangat bagus dan saya sangat sukakannya. Begitu juga dengan lagu ciptaan Aizat dan Yuna. Persaingan memang sengit dan saya mengharapkan yang terbaik. Mudah-mudahan boleh masuk final lagi tahun ini," ulas Faizal.

Apabila diminta memilih satu lagu yang dirasakan cukup kuat untuk ke final, Faizal tidak dapat memberikan jawapan. Menurut Faizal, 'Adrenalin', 'Hanyut' dan 'Selamat Malam' ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri.

"Semua lagu ini saya suka sebab itu saya tidak boleh buat pilihan. Setiap lagu ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri. Terpulang kepada juri profesional menilainya nanti. Bagaimanapun, saya berasa teruja dengan pencalonan Muzik-Muzik Separuh Akhir kali ini. Akhirnya, lagu berentak rancak saya dapat juga tercalon selepas empat tahun menunggu," tambah Faizal lagi.

Dalam masa yang sama, Faizal juga meluahkan rasa kurang selesa kerana terpaksa beraksi di giliran terakhir untuk ketiga-tiga pusingan separuh akhir. Bagi Faizal, perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuannya kerana perlu menunggu lama.

"Saya lebih suka beraksi awal daripada menunggu ke penghujung. Bukan apa, apabila menunggu lama-lama ini membuatkan saya berfikir macam-macam. Sedikit-sebanyak, perkara ini menganggu tumpuan saya untuk naik ke pentas nanti. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa tentang giliran ini sebab ia dibuat secara undian.

Entah macamana setiap kali cabut undi, saya dapat tempat terakhir. Mudah-mudahan ini bukan petanda yang tidak baik. Saya pun tidak percaya dengan petanda-petanda ini. Mesti berlaku secara kebetulan sahaja," ujar Faizal yang terpaksa mengakhiri perbualan kerana perlu menghadiri sesi taklimat Muzik-Muzik Separuh Akhir. Big Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ana Rafali menjulang Trofi Juara Lagu ke 25
Ana Rafali menjulang Trofi Juara Lagu ke 25
01-10-2011 1,886 Views 0 Replies
Pelancaran album ' Dia ... Misha '
Pelancaran album ' Dia ... Misha '
03-30-2011 2,387 Views 0 Replies
Guitarist: Gary Moore dies in Spanish hotel
Guitarist: Gary Moore dies in Spanish hotel
02-09-2011 1,389 Views 0 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 6,914 Views 1 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 2,970 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siapa paling hebat? Aizat, Faizal Tahir or Mawi? Mr.Pingu 0 2,155 10-21-2010, 02:35 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 10:01 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend