Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 24 Next »

Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Maher Zain bakal beraksi lagi di Malaysia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-11-2010, 04:40 PM
Dengarnya...: Maher Zain datang lagi
Oleh Normah Becok
2010/11/11



Sonu Niigaam

PADA akhir tahun ini, peminat nampaknya akan dapat bergoyang bersama penyanyi runut bunyi terkenal India, Sonu Niigaam, apabila artis berbakat itu mengadakan konsert sulungnya di Malaysia. Konsert pertama khabarnya akan berlangsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru pada 12 Disember, manakala konsert kedua pula di Surf Beach @ Sunway Lagoon, pada 14 Disember. Konsert terbabit dibawakan ke negara ini oleh Perfect Orion Sdn Bhd. Sonu sememangnya nama yang cukup dihormati di India kerana dialah suara di sebalik lagu merdu nyanyian bintang handalan dalam beberapa filem popular. Pelakon seperti Shahrukh Khan, Aamir Khan, Akshay Kumar, Salman Khan, Saif Ali Khan, Shahid Kapoor dan ramai lagi, semuanya menggunakan suaranya.


Maher zain

Selain Sonu, Cik Normah dengar, penyanyi Maher Zain juga bakal kembali ke Kuala Lumpur pada Februari tahun depan, untuk mengadakan konsert penuh. Pada Oktober lalu, penyanyi yang berpangkalan di Sweden itu sudah pun mengadakan dua persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagaimanapun, dek permintaan yang kian meningkat, dia akan kembali menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Dengar cerita, pihak pengurusan Maher sendiri tidak menang tangan dengan pelbagai permintaan daripada penganjur yang ingin mempersembahkan penyanyi itu kepada peminat dalam majlis kelolaan mereka. Justeru, dengan sokongan sebuah syarikat telekomunikasi terbesar negara ini serta sebuah jenama pemotoran utama, Maher dikatakan bakal muncul dalam konsert dengan iringan muzik orkestra di Stadium Putra Bukit Jalil. Kali ini, tentunya lebih ramai peminat dapat menyaksikan persembahan penyanyi bersuara ‘jujur’ itu.

Bagaimanapun, Cik Normah belum dapat pengesahan tarikh sebenar konsert terbabit. Tetapi, peminat tentunya sudah boleh mula menyimpan duit untuk membeli tiket konsert yang pasti melekat di jiwa itu. Maher juga dikatakan cukup laris di kalangan penganjur majlis minggu setiausaha apabila mereka saling berebut untuk mendapatkan khidmatnya. Begitupun Cik Normah dengar, penyanyi yang dilahirkan di Tripoli, Lubnan itu seboleh-bolehnya ingin mengosongkan jadual persembahannya sekitar hujung Mac hingga April depan, kerana dia ingin berada di sisi isteri tercinta yang bakal melahirkan cahaya mata mereka pada tarikh terbabit.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar
Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar
09-06-2010 1,154 Views 0 Replies
Lan kristal dah jadi ayah.
Lan kristal dah jadi ayah.
08-08-2010 1,449 Views 0 Replies
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri
08-07-2010 6,925 Views 1 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,256 Views 1 Replies
malas sangat3..
malas sangat3..
05-07-2011 15,484 Views 29 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 09:51 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend