Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Lega Cinta Sempurna melepasi halangan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Lega Cinta Sempurna melepasi halangan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 04:42 PM (This post was last modified: 11-19-2010, 04:44 PM by Mr.Pingu.)
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/11/19



YUNA masa beraksi di separuh akhir pertama Muzik Muzik 2 pada 8 November lalu.

SUKAR bagi penyanyi menempa ruang selesa dalam arena muzik perdana tanpa produk meyakinkan hingga ada kala mengambil masa panjang untuk dikenali. Namun Yuna membuktikan keupayaannya hanya dalam tempoh singkat. Mula menyerlah dengan nukilan sendiri, Dan Sebenarnya pada 2008, yang terus melonjakkan kredibiliti gadis bertudung itu apabila kerap pulang membawa trofi pengiktirafan, kehadirannya umpama bintang timur di tengah angkasa raya.

Sandaran empunya nama Yunalis Zarai itu bukan hanya vokal unik malah membuka dimensi baru dalam penghasilan lagu bersama nuansa segar yang bisa memancing tumpuan ramai khususnya pendengar muda. Cuma barangkali belum biasa dengan percikan populariti, pada awalnya dia agak pemalu dan kekok apabila berhadapan media mahu pun peminat, tetapi kini Yuna mengakui semakin selesa dengan kehidupan bergelar selebriti.

“Selama tujuh tahun saya menghasilkan lagu tetapi sekadar aktif di pentas gig dan hanya tahun lepas saja keluar ke arus perdana. Ia tidak semudah disangka kerana saya bukan dibesarkan untuk menjadi artis. Segala-galanya dilakukan sendiri, jadi wujud rasa kekok.

“Kini saya kenal ramai individu dan pihak untuk meneruskan kerjaya muzik berbanding dulu, tidak tahu sesiapa. Apa pun saya melalui situasi karang seadanya,” katanya dengan wajah ceria tatkala ditemui pada majlis pengumuman separuh akhir pertama Muzik Muzik 25.

Sudah pasti kegembiraannya berganda apabila tahun ini sekali lagi hasil ciptaan dan dendangannya, Cinta Sempurna mara bersama 29 lagu lain pilihan peminat untuk bersaing merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu.

“Saya bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap Dan Sebenarnya, tetapi secara tidak langsung ia memberi cabaran pada saya untuk menghasilkan lebih banyak dendangan berkualiti seterusnya menyumbang sesuatu kepada industri muzik.

“Inilah antara sumbangan karyawan muda seperti saya dalam arena muzik tempatan malah saya sedia keluar dari kepompong adalah dengan semangat memperjuangkan karya sendiri ke persada lebih luas,” katanya lagi.

Berkongsi debaran menanti tarikh saringan pertandingan di Plaza Alam Sentral pada 8 November lalu, katanya seperti calon lain dia turut gementar dan agak tertekan tetapi tidak mahu terlalu mengharap melihatkan pesaing terdekat.

“Sebenarnya lagu Cinta Sempurna saya cipta kira-kira empat tahun lalu, lebih awal daripada Dan Sebenarnya. Awal dulu bimbang juga dengan penerimaan pendengar, syukur kini ia semakin diterima ramai.

“Kalau nak kata berdebar memang ya! Lihat saja pencabar lain pada hari itu seperti lagu Selamat Malam dendangan Faizal Tahir yang begitu kuat melodi dan seni katanya hingga emak saya pun menyukai lagu itu,” katanya yang turut beraksi pada malam kemuncak AJL musim lalu.

Selain giat melakukan persediaan menempuh saringan Muzik Muzik, gadis berusia 24 tahun itu juga giat merencana jadual supaya mampu menyiapkan tugasan sebelum ‘terbang’ semula ke Amerika Syarikat bagi menyiapkan lagu.

“Kali ini saya dijangka berada di sana kira-kira enam bulan. Pemergian ke Los Angeles pada Ramadan lalu sebenarnya agak singkat dan pada kunjungan nanti, kami akan menyiapkan lebih banyak lagu untuk dimuatkan dalam album baru.

“Setakat ini memang sudah ada lebih 30 lagu tetapi saya tidak mahu mensia-siakan tawaran syarikat Indiepop untuk bekerjasama dengan komposer mereka kerana segala-galanya ditanggung pihak terbabit,” ceritanya lagi.

Begitupun, sebelum album penuh direalisasikan, Yuna turut menyusun strategi mengeluarkan dulu EP yang memuatkan empat atau lima lagu menjelang Januari depan dengan memilih rangkaian lagu sedia ada di dalam simpanannya. Ditanya sama ada bertudung menyukarkan peluangnya menembusi pasaran Barat, katanya cabaran itu secara tidak langsung menguatkan semangatnya untuk menggandakan usaha namun pada masa yakin masih ramai yang menilai bakat berbanding imej.

“Syukur ketika berada di tempat orang, saya sempat mengadakan persembahan di pentas gig yang asing bagi orang luar. Setakat ini sambutannya mengejutkan dan masyarakat barat nyata menghargai muzik tanpa sebarang syarat asalkan ia menepati selera,” terang Yuna.

Gadis tinggi lampai ini juga terbabit dengan projek XFM, P Ramlee - Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi, mengangkat lagu seniman agung itu bersama penyanyi lain seperti Azlan & The Typewriter, One Buck Short, Sevencollar T-Shirt, Monoloque dan Hujan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Album 3 Suara - Shila OIAM, Ning Baizura, Jaclyn Victor
Album 3 Suara - Shila OIAM, Ning Baizura, Jaclyn Victor
03-30-2011 7,595 Views 3 Replies
SMS Cinta... ayat-ayat jiwang
SMS Cinta... ayat-ayat jiwang
08-12-2010 210,034 Views 21 Replies
12 peserta ke peringkat akhir Bintang Klasik Nasional 2010
12 peserta ke peringkat akhir Bintang Klasik Nasional 2010
11-11-2010 2,622 Views 0 Replies
Anda ada Hobi tak?
Anda ada Hobi tak?
08-17-2010 4,305 Views 5 Replies
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
CERITA PELIK tapi BENAR. Jom Baca
12-29-2011 9,118 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread:
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 01:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend