Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Norman KRU: AIM 18 Ditangguhkan, Bukan Tak Jadi!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Norman KRU: AIM 18 Ditangguhkan, Bukan Tak Jadi!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-02-2010, 09:24 AM


KUALA LUMPUR 25 NOV 2010: Desas-desus mengatakan bahawa penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 tidak akan diadakan nyata hanyalah satu dakwaan yang tidak berasas. Sebaliknya, penganjurannya hanyalah sekadar ditangguhkan dan ia tetap akan diadakan seperti tahun yang sebelumnya.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ,Norman Abdul Halim berkata, AIM ke-18 hanya ditangguhkan bagi memberi peluang kepada ahli jawatankuasa baru untuk menampilkan beberapa perubahan bagi membangkitkan semula kegemilangan anugerah tersebut.

"AIM hanya ditangguhkan bukannya tak ada. Banyak pembaharuan yang ingin kami lakukan pada tahun depan bagi menimbulkan keterujaan peminat. Sebolehnya kami mahu mengembalikan kegemilangan industri muzik tempatan semula ," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Selesa mengunci mulut terlebih tentang perubahan yang bakal ditampilkan, kata Norman sebuah sidang media khas akan diadakan mengenai penganjuran AIM18 akan diadakan pada bulan depan.

"Kita akan adakan satu sidang media khas pada bulan Disember bagi menjelaskan segalanya tentang penganjuran AIM18. Buat masa sekarang semuanya masih dalam proses perbincangan,"jelasnya lagi.

Tambah Norman, pertukaran ahli jawatankuasa yang baru juga antara sebab mengapa penganjuran anugerah berprestij itu ditunda kerana kesemua mereka kini dalam proses mengkaji semula elemen terbaik yang ingin diserapkan dalam AIM kelak.

Menapis dakwaan ketiadaan penaja antara faktor yang menyebabkan ia ditunda, Norman berkata, pihak RIM sudah pun terima beberapa tawaran daripada beberapa pihak penaja besar.

"Jadi tak timbul isu tak ada penaja dan sebagainya," katanya.

Pesanan Norman kepada kepada karyawan muzik dan barisan artis yang sedia ada: "Jangan gusar dan risau kerana AIM ke-18 sememangnya akan direalisasikan bagi mengiktiraf karya-karya muzik terbaik masa kini".

PINGU: nak tunggu Tok Ti buat Album dlu ke baru nak umumkan pencalonan? Sleepy
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Erma Fatima Disajikan tarian Bogel dalam majlis hari jadinya?
Erma Fatima Disajikan tarian Bogel dalam majlis hari jadinya?
03-31-2011 18,484 Views 18 Replies
Kelas Vokal: Segalanya mengenai Vibrato
Kelas Vokal: Segalanya mengenai Vibrato
08-15-2011 9,148 Views 5 Replies
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
08-20-2010 1,790 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 2,956 Views 1 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,396 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread:
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 08:03 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend