Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 29 30 31 32 33 ... 40 Next »

Hilang Sabar Dituduh Pikat Isteri Jiran

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Hilang Sabar Dituduh Pikat Isteri Jiran
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-09-2011, 07:47 PM
AMPANG: Tidak tahan dengan kerenah jiran yang suka membuat kacau, seorang lelaki yang selama ini bersabar akhirnya membuat laporan polis apabila dia sekeluarga diugut bunuh oleh jirannya itu. Kejadian berlaku di rumah mangsa di Taman Dagang, di sini, Jumaat lalu dan mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 40-an mendakwa sebelum ini dia sering diganggu jirannya itu dan dia pernah dituduh cuba memikat isteri serta menantu jirannya itu. Menurut sumber, mangsa bagaimanapun hilang sabar dan akhirnya membuat laporan polis selepas dia sekeluarga diugut bunuh.

“Ketika itu, mangsa berada di rumah kira-kira jam 7 malam sebelum jiran dan anaknya sengaja cuba menyakitkan hati dengan meletakkan kereta di depan rumahnya.

“Mangsa yang ingin menegur perbuatan itu bagaimanapun dimaki hamun selain diugut akan dipukul,” katanya.

Sumber berkata, ketika kekecohan itu ramai jiran lain yang keluar untuk melihat apa yang berlaku dan rakan anak jirannya itu sengaja cuba memalukan mangsa apabila mereka memekik dan menuduh mangsa cuba memikat isterinya.

“Mangsa bagaimanapun tidak pedulikan suspek sebelum jirannya datang meluru dan menendang motosikalnya.

Menurutnya, jirannya itu kemudian bertindak samseng dan meminta anaknya menunggu di depan rumah mangsa bertujuan untuk menakutkannya.

“Mangsa yang bimbang dengan keadaan itu menghubungi polis dan tidak lama kemudian anggota peronda tiba dan cuba menenangkan keadaan sebelum meleraikan pergaduhan itu,” kata sumber.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
08-19-2010 1,056 Views 0 Replies
Masalah Ar bertakung selesai
Masalah Ar bertakung selesai
08-22-2010 1,254 Views 0 Replies
MENGHILANGKAN BISUL
MENGHILANGKAN BISUL
08-21-2010 5,097 Views 1 Replies
Salam Perkenalan Buat Semua
Salam Perkenalan Buat Semua
03-20-2012 13,510 Views 15 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,070 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 09:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend