Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 2 3 4 5 6 ... 8 Next »

Mentor 6 - Konsert Pertama Kumpulan A

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mentor 6 - Konsert Pertama Kumpulan A
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-26-2012, 09:40 PM (This post was last modified: 03-26-2012, 09:43 PM by Mr.Pingu.)
Korang tengok mentor tak semalam? Konsert minggu pertama Kumpulan A mentor 6 yang menyaksikan persembahan daripada 3 orang protege dan mentornya (single dan duet) dimulai dengan Ramlah Ram - Ana, kemudian Faizal Tahir - Anas Ridzuan dan Ferhad - Tisha.


Anas Ridzuan

Konsert minggu pertama ini sebenarnya saya tertunggu-tunggu persembahan daripada protege Ramlah Ram. Jika sebelum ini kawan saya bernama Mohd 'Azim Kamaruzzaman pun gagal mara sebagai protege Ramlah ram dalam saingan akhir bersama Ana membuatkan saya terfikir adakah ana ini cukup hebat? Sebab kawan saya tu pun memang mempunyai skill nyanyian yang hebat. Namun, ternyata persembahan mereka malam tersebut kurang umpp..

Saya tahu Ana memiliki suara yang baik just Kak melah perlu bijak membimbing Ana untuk menyerlahkan bakatnya ke tahap yang terbaik. Namun masih ada 3 kali saingan lagi sebelum ke separuh akhir.

Persembahan yang paling saya sukai pada malam tersebut ialah Duet antara Anas Ridzuan dan Faizal Tahir menerusi lagu popular "Insha-Allah" yang dipopularkan oleh Maher zain. Menariknya ialah kombinasi Anas dan faizal yang menyanyikan dalam dua bahasa berbeza, Anas - versi Melayu dan faizal Tahir - Versi Inggeris.

Sebenarnya, saya memang meminati Vokal Faizal tahir sejak dahulu dan malam tadi beliau masih menunjukkan keunggulan Vokalnya. Anas walaubagaimanapun tidak tenggelam apabila berduet dengan Mentornya kerana bagi saya Anas memiliki Tone suara yang baik. Saya dapat lihat kemungkinan besar Anas bakal menjadi Juara Mentor kerana beliau dilihat sebagai peserta Kegemaran dalam Mentor kali ini.

Persembahan Ferhad dan Tisha dilihat biasa-biasa sahaja. Beliau yang menimbulkan sedikit kontrobesi kerana menukar protege sebelum bermulanya konsert pertama cukup mengejutkan. Macam Musim lepas dimana Ziana Zain telah menukar protegenya juga. Namun, adakah percaturan Ferhad itu membawa makna? Kita sama-sama nantikannya. Sebenarnya, protege asal Ferhad iaitu Wanie tiba-tiba tidak sihat dan pengsan katanya. Kita lihat Ferhad terpaksa mendokongnya menaiki ambulan. Mungkin Mentor 6 bukan rezeki buat Wanie dan Tisha yang sebelum ini gagal menempah tiket telah dipanggil semula untuk beraksi.

Terdapat dua Segmen khas malam tersebut iaitu persembahan seorang peserta Ujibakat Ramlah Ram yang dikatakan merayu-rayu kepada Kak Melah untuk mengambilnya menjadi protege. Dia memang boleh menyanyi tetapi seakan-akan cuba meniru nyanyian penyanyi asal iaitu faizal Tahir menerusi lagu Gemuruh. Segmen khas kedua ialah tribute buat artis lagenda hattan, yang dinyanyikan oleh ketiga-tiga peserta Mentor. saya lihat nyanyian tersebut hanya menyerlahkan kemampuan Anas menyanyi dengan baik. Kedua-dua wanita tersebut tenggelam mungkin kerana key lagu yang dimainkan lebih sesuai untuk key lelaki.

sekian sahaja ulasan untuk mentor 6 minggu pertama. saya menantikan Persembahan kumpulan B pula. Protege Ella saya rasa ada sesuatu yang boleh ditonjolkan. Kita sama-sama nantikannya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
10 Perkara yang anda tidak patut lakukan semasa menyanyi
10 Perkara yang anda tidak patut lakukan semasa menyanyi
10-14-2011 2,865 Views 0 Replies
Jenis-jenis Vokal ( Vocal types)
Jenis-jenis Vokal ( Vocal types)
08-07-2010 4,909 Views 0 Replies
Tips menjaga kesihatan suara untuk menyanyi dengan baik
Tips menjaga kesihatan suara untuk menyanyi dengan baik
03-25-2011 77,363 Views 42 Replies
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
Tabiat Mr.PiNGu semasa melayari internet
06-29-2012 3,290 Views 3 Replies
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
Baucar RM10 untuk pengguna GrabFood
08-31-2023 12,274 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
04-02-2012, 04:09 PM (This post was last modified: 04-02-2012, 04:13 PM by Mr.Pingu.)
Semalam saya sempat menonton persembahan protege dan mentor Ella. Apa yang boleh saya katakan protege Ella iaitu Puteri Coroline memiliki suara dan teknik vokal yang sangat baik. Saya kagum dengan persembahan beliau pada malam semalam. Konsert pertama menunjukkan beliau meninggalkan jauh peserta-peserta lain dengan markah sebanyak 71 berbanding protege Adam - 52 dan protege Fauziah Ahmad daud - 54.

Namun, masih ada 3 lagi persembahan yang bakal diadakan yang bakal menentukan nasib peserta sebelum ke peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir akan menampilkan dua sahaja peserta daripada setiap kategori manakala peringkat akhir 2 orang peserta.

Ramalan saya ialah protege Faizal Tahir dan Protege Ella bakal mara ke akhir. Namun, tidak boleh juga menafikan kemampuan peserta lain seperti protege Ramlah Ram yang masih ada ruang untuk menonjolkan kebolehannya. Apa-apapun kita nantikan sehingga ke akhir.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Konsert Mentor 6 Akhir TV3 2012 Mr.Pingu 0 2,877 06-12-2012, 01:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hafiz AF - Juara Konsert Mania Musim pertama Mr.Pingu 0 2,975 05-20-2012, 12:22 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-04-2026, 02:01 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend