Anugerah Juara lagu ke-27 telah malabuhkan tirainya dengan mengangkat lagu Terukir di Bintang nyanyian asal Yuna sebagai juara! Walaupun lagu ini telah diganti penyanyinya oleh Aizat di saat-saat akhir tanpa persediaan yang begitu rapi namun Aizat berjaya membuat persembahan yang baik.
Bagi saya, persembahan Aizat simple sebab lagu ini pun sebenarnya simple tetapi cukup unik. Dengan tema zaman dahulu kala dan Aizat membawakan secawan air, dia menyanyikan lagu tersebut secara bersahaja. Namun bagi saya yang menonton cukup berkesan dan OhSEM! Tahniah Aizat.
Sebelum ini, lagu ini telah menjadi kontrobesi sedikit gara-gara Yuna yang tidak dapat kembali ke tanah air kerana dalam proses rakaman album internationalnya yang akan diterbitkan oleh komposer terkenal di dunia, David Foster yang juga pernah melahirkan album bintang ternama dunia seperti Whitney Houston dan lain-lain lagi.
Yuna telah meminta Uji Rashid menggantikannya namun atas sebab kesihatan Uji Rashid tidak mampu menjayakan AJL 27 dan diganti oleh Aizat pada saat akhir. Pun begitu, saya memuji Aizat atas persembahan beliau walaupun tidak mempunyai masa yang mencukupi berbanding peserta lain.
Jom kita hayati lirik lagu Yuna ini. Mengapa lagu ini dipilih oleh juri untuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke-27? Bagi saya, lirik lagu ini ringkas tetapi cukup kemas dan mempunyai makna yang mendalam. Melodi lagu ini juga unik seolah-olah kita dibawa ke zaman sebelum ini. Tetapi rentak lama ini diselitkan dengan alunan muzik moden. Memang hebat!
Quote:Lirik: Yuna - Terukir di bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu