11-11-2010, 04:11 PM
Langkah Faizal, Yuna semakin hampir
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/11/11

Faizal Tahir
Lagu ciptaan Edry, Audi, Azlan dan Ajai lepasi halangan awal separuh akhir Muzik Muzik 25
WALAUPUN keputusan enam lagu pada minggu pertama separuh akhir Muzik-Muzik ke-25 (MM25) dipilih secara rawak, tetapi sudah terdengar lontaran ketidakpuasan hati penonton terhadap keputusan yang diumumkan oleh pengacaranya Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Keputusan berkenaan bagaimanapun masih belum rasmi kerana siapa yang benar-benar layak untuk ke peringkat akhir hanya akan diketahui pada minggu ketiga nanti.

Yuna
Enam lagu yang dipilih secara rawak itu ialah Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry Abdul Halim dendangan Shahir, Mencari Konklusi ciptaan Noh Hujan dendangan kumpulan Hujan; Cinta Sempurna lagu dan lirik oleh Yuna, Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Shah Qalam dendangan Hafiz; Sejujur Hatimu ciptaan Azlan Abu Hassan, lirik dan dendangan Adibah Noor, dan Hanyut daripada Faizal Tahir, ciptaan Audi Mok dan lirik ciptaan penyanyi itu sendiri. Daripada enam lagu yang dipilih, dua daripadanya dirasakan kurang layak untuk ke peringkat akhir kerana beberapa lagu lain dilihat lebih baik serta mempunyai lebih keaslian.

Ana Rafali
Pada malam Isnin lalu, sebanyak 12 lagu bertaruh untuk menempah tiket ke peringkat akhir. Enam lagu yang turut bertanding ialah Gerak Hati, komposer dan lirik Lake & Light nyanyian Azlan & The Typewriter; Inikah Cinta lagu dan lirik oleh Akim; Cinta nukilan Iswandy dendangan Mohd; Hujan Bunga Di Kuala Lumpur ciptaan dan nyanyian Anna Raffali; Nadiku ciptaan Omar K, lirik oleh Zel Firdhaus dendangan Sabhi Sadhi, dan Oh Juwita dendangan Nubhan manakala lagu dan lirik oleh 6ixth Sense.
Menonton separuh akhir MM 25 bagaikan menyaksikan pertarungan bakat di antara penyanyi yang digilap daripada program realiti serta mereka yang lahir daripada arus muzik ‘bawah tanah’ atau underground. Hanya dua saja yang tidak termasuk di dalam kelompok itu iaitu Adibah Noor dan Sabhi Sadhi. Namun sokongan daripada penonton pula dilihat sama rata. Peminat nampaknya semakin terbuka dengan perkembangan arus muzik masa kini, mereka memberi sokongan kepada mana-mana lagu yang dirasakan menarik tanpa mempersoalkan asal usul artis yang menyanyikannya.
MM 25 juga menyaksikan senarai penyanyi yang hampir sama dengan musim lalu. Daripada 12 penyanyi, empat adalah bakat baru dan kali pertama menyertai MM25 iaitu Shahir, Ana Raffali, Sabhi Sadhi dan Mohd. Sebagai bakat baru yang pertama kali bertanding untuk anugerah berprestij seperti Muzik-Muzik, sudah tentu berasakan diri mereka terlalu kerdil jika dibandingkan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman.
Shahir yang lahir daripada program Akademi Fantasia (AF8) mengakui betapa dia berasa gemuruh apabila lagunya diumumkan berjaya ke peringkat separuh akhir. Sebagai persediaan katanya, dia mendapatkan panduan daripada dua rakan yang lebih berpengalaman iaitu Akim dan Hafiz.
“Saya gugup melihat senarai calon yang semuanya hebat dan berpengalaman. Walaupun terasa diri kerdil berbanding mereka, tetapi saya cuba sedaya upaya membawakan lagu ini dengan sebaiknya serta mendapatkan panduan daripada Akim dan Hafiz yang pernah menyertai pertandingan ini tahun lalu.
“Berjaya membawakan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ke separuh akhir pun sudah cukup menggembirakan saya tetapi kini saya serahkan soal rezeki di tangan takdir,” katanya.
Manakala Anna Raffali yang pertama kali menyertai Muzik Muzik dan berjaya mempertaruhkan sebanyak dua buah lagu turut melahirkan rasa tertekan apatah lagi dengan sejarah penganjuran Muzik-Muzik yang sebelum ini pernah dibarisi penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, M Nasir serta ramai lagi. Bagaimanapun wanita yang mula mengikuti Muzik Muzik sejak di tangga persekolahan itu enggan terlalu memikirkan mengenai persaingan sebaliknya memberikan fokus yang lebih kepada nyanyiannya.
“Fokus saya hanyalah mahu memberikan persembahan yang terbaik khusus untuk penonton. Saya tak mahu memikirkan sangat soal persaingan,” katanya yang berterima kasih kepada peminat kerana memberi ruang untuk artis indie sepertinya untuk memasuki pasaran arus perdana.
Bantulah promosi lagu ciptaan baru
MELIHAT kepada senarai lagu yang hampir tidak banyak beza berbanding musim lalu, ada yang membuat ramalan industri muzik tanah air sedang berdepan kehancuran. Adakah itu benar?
Bagi Azlan serta rakan-rakannya daripada kumpulan The Typewriter, mereka melihat industri muzik masih berkembang baik apatah lagi dengan kemunculan ramai penyanyi baru. Tetapi mungkin mereka tidak diberikan ruang untuk mempromosikan diri.
“Industri muzik bukan tidak berkembang cuma penyanyi baru tidak begitu mendapat ruang untuk mengetengahkan nama mereka. Kita tidak boleh menyalahkan stesen radio kerana tidak memutarkan lagu daripada penyanyi baru.
“Mereka mungkin mempunyai alasan kerana bimbang tidak mampu mengikat pendengar. Tapi pendekatan seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak ia mungkin menyekat bakat penciptaan lagu-lagu untuk mengintai peluang dalam arus perdana,” katanya.
Adibah Noor yang pernah mengungguli Anugerah Juara Lagu 2007 juga tidak melihat industri muzik sedang melalui zaman kehancuran hanya disebabkan senarai pencalonan yang hampir sama saban tahun. Sebaliknya, penyanyi yang memiliki vokal mantap itu melihat industri muzik sedang bergerak ke arah positif. Memang jika diukur dari segi penjualan album secara fizikal berkurangan tetapi muzik tempatan kini berkembang semakin luas.
“Indie kini bukan lagi indie tetapi muzik itu sudah dapat diterima di arus perdana. Pendengar kita sendiri juga sudah semakin matang. Itu sudah cukup untuk menunjukkan satu perkembangan dan persaingan yang sihat kepada industri muzik tanah air.
“Kehadiran ramai pelapis baru juga bagi saya umpama kejutan bangun pagi untuk penyanyi sedia ada. Sudah tiba masanya penyanyi sedia ada mencari jalan untuk meningkatkan lagi mutu nyanyian mereka supaya dapat terus kekal dalam industri ini,” katanya.
PINGU: Melhat persembahan hancur Kumpulan Hujan, tertanya2 mengapa dia layak ke Final.. sedangkan persembahan Sabhi Sabdi lebih hebat dengan lagu yang baik tapi tidak layak?? Bias sgt2