NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran
#1


Pada jam 3 petang tadi (Selasa, 2 November 2010), Budiey sempat menghadiri Sidang Media Pengumuman Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik AJL25 dan sesi cabutan undi yang dianjurkan oleh TV3 di Manhattan 1, Level 14, Berjaya Time Square & Convention Centre, Jalan Imbi, Kuala Lumpur. 30 buah lagu daripada pelbagai genre akan bertandingan dalam 3 pusingan separuh akhir mulai 8 November 2010, setiap hari Isnin jam 10 malam. Setiap malam, akan ada tema yang tersendiri iaitu Tema 80an, Tema 90an dan Tema Millennium.

Dihadiri oleh penyanyi dan artis serta komposer terlibat, sidang media ini juga menarik minat media untuk mengetahui senarai artis dan lagu yang akan bertanding dan bakal terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 25. Setelah meneliti senarai 30 buah lagu yang terpilih, Budiey dapat merasakan saingan di separuh akhir tahun ini akan lebih kerana semua lagu akan bertanding sesama sendiri. Ini menandakan tahun ini juga tiada kategori samada balada, pop rock atau irama etnik yang dipertandingkan.

Lebih kurang 80 buah lagu pencalonan telah diterima oleh pihak TV3 namun tidak semua yang terpilih kerana kali ini lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga dan mesra pada pendengar. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.

Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Isnin jam 10.00 malam bermula 8 November 2010. Antara finalis yang hadir di sidang media petang tadi ialah Aizat; Yuna, Faizal Tahir, Adibah Noor, Lan & The Typewriter, Adira AF8, Shahir AF8 dan ramai lagi.

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Jibam) dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Menurut penerbitnya, Jibam atau Ahmad Shaifullizam Arshad pemilihan kali ini dibuat 100 peratus undian pendengar dan turut mengambil kira kajian dari carta lagu dan kekerapan ia disiarkan melalui enam radio popular tempatan.

“Pemilihan 30 buah lagu ini adalah melalui undian daripada pendengar dari lama web Muzik Muzik dan kita juga mengambil kira melalui carta lagu dari enam buah stesen radio popular selain mengenal pasti kekerapan ia diputarkan. Ini kerana kita mahu lagu yang dipertandingkan kali ini ialah lagu yangmesra telinga dan sudah diketahui umum.”

Saringan ini juga akan diadili oleh lima juri yang bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air. Sebanyak 12 buah lagu yang layak akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional dan ini akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik Bahagian 3. Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Senarai 30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum melangkah ke Anugerah Juara Lagu 25.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90 :

Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :

Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2


Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Senarai Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik muzik AJL 28 2013 Mr.Pingu 0 2,543 11-05-2013, 02:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik AIM 20 2013 Mr.Pingu 0 2,002 11-05-2013, 01:32 AM
Last Post: Mr.Pingu
  keputusan penuh Muzik-muzik 2012 Final (AJL 27) Mr.Pingu 1 4,391 01-07-2013, 12:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai lagu layak ke Final AJL Muzik muzik 2012 Mr.Pingu 0 6,880 11-25-2012, 11:21 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Separuh AJL 27 Muzik Muzik Mr.Pingu 0 2,838 11-18-2012, 06:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Calon Anugerah Industri Muzik 19 2012 Mr.Pingu 0 2,580 11-16-2012, 05:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Separuh Akhir ketiga Muzik Muzik 2011 Mr.Pingu 0 2,545 12-02-2011, 11:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  12 Lagu layak ke Final Muzik Muzik ke 26 2011 Mr.Pingu 0 3,634 12-02-2011, 10:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Muzik muzik Separuh Akhir 2011 Minggu Pertama Mr.Pingu 0 2,304 11-26-2011, 12:09 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Separuh Akhir Muzik Muzik 2011: Jac bakal mengalunkan sedetik lebih? Mr.Pingu 0 2,381 11-23-2011, 08:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  [Ramalan] Senarai calon Separuh Akhir Muzik-muzik 26 (2011) Mr.Pingu 3 6,395 10-28-2011, 02:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AIM 2011: Senarai Penuh calon akhir Mr.Pingu 0 2,765 10-11-2011, 05:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama Mr.Pingu 0 2,151 11-11-2010, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)