NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sifat kanak-kanak atau anak kecil dan cara mengendalikan mereka
#1
Artikel Baik untuk dikongsikan.. memang selalu kita memang hilang sabar dengan keletah anak yang buat sesuatu yang tak betul.. berbahaya atau merosakkan harta benda kita. so kita kene tau cara nak kendalikan masalah ini selain nak marah marah je anak tu.

Quote:
MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
wah psycho pasal kanak2 pulak nih.. dah nak dapat anak ke..?? hahahaha... tapi memang ler budak tuh macam cermin pada orang tua dia... kalau tengok anak kawan2 aku yang suka ajuk cakap mak bapak dia gaduh dengar memang kelakar sebab budak2 kan.. cuba kalau dah besar confirm kena marah.. hahahaha
Segalanya ada disini..
Reply
#3
aku tak berapa sabar tgok kanak2 nakal ni.. huhu.. tp aku xdela marah2 .. cume buat2 xkuasa nak layan..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
(05-07-2013, 05:12 PM)Mr.Pingu Wrote: aku tak berapa sabar tgok kanak2 nakal ni.. huhu.. tp aku xdela marah2 .. cume buat2 xkuasa nak layan..

aku selalu garang dengan budak2.. tapi aku tak pasti kenapa budak2 macam magnet ngan aku.. mesti nak melekat kat aku jugak...

hurrmm... muka aku ada apa tak tau.. aku pun tak paham ler.. haha
Segalanya ada disini..
Reply
#5
tp aku selalu disayangi kanank2.. hhhehheheee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
(05-10-2013, 05:01 PM)Mr.Pingu Wrote: tp aku selalu disayangi kanank2.. hhhehheheee

hang tuh semua orang sayang laa... lalallalalala....

tapi kalau dapat budak2 yang sangat degil aku memang geram laa... tapi selalu aku guna approach puji2an sampai melangit gila.. sampai aku naik pening sebab meluat.. kah kah kah kah.. confirm jalan punya.. budak degil selalu nak perhatian lebih...
Segalanya ada disini..
Reply
#7
haha kalau aku la.. mmg xkuasa nak melayan huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
(05-13-2013, 04:27 PM)Mr.Pingu Wrote: haha kalau aku la.. mmg xkuasa nak melayan huhu

apa da... budak2 kalau degil pun bukan betui2 sangat laa...nak kan perhatian ja... kalau kat pasar raya tuh tengok kalau anak2 buat perangai mak mula laa nak marah2 depan2 orang...

kalau mak aku dulu.. mak aku senyum2 jaa.. pastu sampai ja rumah.. sedia arr kaki nak kena rotan... huhuhuhuhu
Segalanya ada disini..
Reply
#9
kadang2 aku rasa camnelah mak2 diorg leh sabar huhu.. nakal semacam
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
(05-14-2013, 01:20 PM)Mr.Pingu Wrote: kadang2 aku rasa camnelah mak2 diorg leh sabar huhu.. nakal semacam

ko tanya laa kat mak ko camne mak ko leh sabar ngan karenah ko yang nakal.. haha... tapi ko nakal ke masa kecik2 dulu...?? haha..

aku memang terlebih nakal dan kurang bijak.. selalu kena denda ngan ayah aku.. hihihihi... abang aku nakal + bijak.. selalu tolong aku.. kalau aku kena denda... lalalalala
Segalanya ada disini..
Reply
#11
owh.. akula budak / kanak-kanak paling baik penah mak aku jaga tau. Mak aku siap bagitau senang sangat nak jaga aku. duduk diam-diam tak kemana. Senyap je. Tak usik barang orang. hahaa.. baik tak aku? plus masa lahirkan aku, mak aku lahirkan sendiri tanpa pertolongan bidan pun tau. Sorang-sorang huhu.. nasib aku senang dilahirkan and selamat =)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cara-cara mendidik anak dengan betul Mr.Pingu 0 2,003 06-07-2014, 11:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Tabiat Kanak-Kanak Mr.Pingu 4 7,154 10-11-2011, 02:06 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Tips Keselamatan Di Bilik Tidur Kanak-Kanak Mr.Pingu 0 2,903 08-11-2010, 04:11 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Punca kanak-kanak 'memberontak' Mr.Pingu 0 2,535 08-11-2010, 03:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  DIDIK ANAK: PERLU CARA BARU? Mr.Pingu 0 2,217 08-11-2010, 03:45 AM
Last Post: Mr.Pingu
  3 Bulan Tanpa Seks,Lelaki Dewasa Jadi Seperti Kanak Kanak Mr.Pingu 0 3,011 08-05-2010, 10:09 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)