hai semua! ketika saya menulis ni saya belum lagi makan tengahari memang lapar sangat. Ok kali ni nak kongsi satu gambar menarik iaitu cara nak menggoreng telur dengan kreatif. Caranya adalah menggunakan bawang besar sebagai pendinding telur! Kreatif bukan? Umum mengetahui bahawa putih telur adalah berbentuk cecair pekat tetapi masih boleh tersebar dengan tidak sekata ketika proses menggoreng dilakukan. Dengan menggunakan hirisan bawang besar sebagai sempadan yang mengelak putih telur tersebar keluar, maka gorengan menjadi bulat dan cantik. Bawang tersebut juga boleh menjadi penambah aroma kepada gorngan telur tersebut. Selamat mencuba! 





