NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nilai Ringgit Malaysia dijangka Naik minggu depan
#1
Wah! Ringgit dah naik semula ke? sebelum ini memang nilai ringgit jatuh gler-gler. Bayangkan nilai tukaran dengan Singapore pun dh jadi 1 sing dolar = 2.5 Ringgit Malaysia.

Admin ada duit Swedish Krona yang Admin simpan lebihan daripada lawatan ke Sweden. Ikutkan nilai tukaran sekarang memang Admin akan untung banyak sebab nilai Ringit yang murah. Namun Admin tak jumpa pula tempat yang menerima tukaran wang swedish ni huhu. Maybe airport boleh kot.

Walaubagaimanapun, kita berharap nilai Ringgit Malaysia akan tinggi untuk mengelakkan rakyat Malaysia menjadi miskin di negara orang kerana pertukaran matawang ini.

Sekian sahaja.

Quote:
Ringgit dijangka bergerak tinggi berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan tinggi berbanding dolar AS minggu depan dengan pelabur kebanyakannya beralih keluar daripada mata wang AS berikutan situasi ekonomi luaran yang tidak menentu.

Dolar AS diramalkan bergerak rendah berikutan kebimbangan yang kian memuncak dengan jangkaan penutupan sebahagian operasi AS boleh menjuruskan kepada bencana hutang, sementara mata wang Asia lain, termasuk ringgit sebaliknya, meraih faedahnya.

Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata pasaran tempatan seharusnya mendapat sokongan daripada Bajet 2014 yang bakal dibentangkan, serta penyenaraian dua tawaran awam permulaan yang besar iaitu UMW Oil Gas Bhd dan Westport Bhd. Kedua-duanya boleh menjana RM1.7 bilion dan RM2.2 bilion.

"Kami menjangkakan langkah-langkah belanjawan meningkatkan kewangan awam dapat menarik keyakinan lebih ramai pelabur dan aliran masuk dana asing ke pasaran," katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain minggu lalu. Untuk perbandingan Jumaat-Jumaat, unit tempatan mengukuh berbanding dolar AS kepada 3.1810/1840 daripada 3.2270/2300.

Ia turut tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.5509/5535 daripada 2.5691/5725 Jumaat lepas tetapi rendah sedikit berbanding yen pada 3.2720/2761 daripada 3.2705/2752 minggu lalu.

Unit tempatan juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1233/1294 daripada 5.1832/1893 Jumaat lalu dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.3300/3344 daripada 4.3577/3624 minggu lalu.

- BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT KEPENTINGAN PENJAWAT AWAM Mr.Pingu 0 1,784 12-04-2011, 03:22 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)