NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT KEPENTINGAN PENJAWAT AWAM
#1
PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang berkata tidak ada kerajaan lain di dunia melainkan Malaysia yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk faedah penjawat awamnya.

Penjawat awam di negara ini amat bertuah dengan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan bagi melanjutkan pelajaran selain menjalani latihan dan kursus jangka pendek atau jangka panjang di dalam mahupun di luar negara, katanya selepas menerima anugerah Felo Intan 2011, di sini, pada Rabu.

"Ini bukan kempen pilihan raya. Saya ada bersembang dengan kawan dalam perkhidmatan awam dari luar negara dan mereka mengatakan tidak ada kerajaan lain di dunia yang melaksanakan program latihan sebegitu rupa.

"Terima kasih kepada kerajaan dan saya tidak ada rungutan ke atas layanan kerajaan kepada saya," kata Dr Zulkurnain ketika berucap pada majlis Anugerah Felo Intan dan Penyampaian Diploma Intan 2011, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Upacara penganugerahan Felo Intan 2011 itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan. Pada majlis itu seramai 648 penjawat awam turut menerima diploma Intan iaitu 59 orang graduan dari Diploma Sains Pengurusan manakala 589 graduan menerima Diploma Pengurusan Awam.

Turut hadir ialah Felo Intan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.

Dr Zulkurnain, 61, yang merupakan bekas Pengarah Intan (1999), Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (2004-2006) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2006-2010) berkata, tanpa biasiswa kerajaan, beliau tidak mungkin melepasi sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor falsafah (PHd) dalam bidang Sains Politik (Pembangunan) dari Leeds University, England pada 1989.

Katanya, penjawat awam perlu memegang tujuh prinsip untuk berjaya iaitu; integriti yang tinggi, mampu mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan.

-- BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Nilai Ringgit Malaysia dijangka Naik minggu depan Mr.Pingu 0 1,605 10-05-2013, 12:50 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,155 07-26-2012, 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam Mr.Pingu 0 3,076 10-08-2011, 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  1,086 penjawat awam muflis Mr.Pingu 0 1,878 03-03-2011, 01:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rugi: Kemalangan habeskan jutaan Ringgit Mr.Pingu 0 1,569 01-09-2011, 11:44 AM
Last Post: Mr.Pingu
  PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal Mr.Pingu 0 1,741 08-27-2010, 06:38 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)