Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 24 Next »

"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
"Selepas Kahwin, Mizz Nina Tak Boleh Seksi" - Noh (Hujan)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-17-2010, 11:39 AM

Mizz Nina dan Noh, pasangan bahagia yang sendang membilang hari untuk bergelar suami-isteri.

KUALA LUMPUR: Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November.

Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak. Menurut Nina, tujuan mereka merahsiakan majlis pertunangan tersebut adalah untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.


Antara barang hantaran kedua-dua belah pihak ketika majlis pertunangan Mizz Nina dan Noh pada 6 November lalu.

"Pada majlis pertunangan itu, pakaian inilah yang kami kenakan. Baju kurung moden saya ini direka oleh Lady Jane dan Noh pula daripada Saiful Baharim. Ia merupakan sebuah majlis yang sangat sederhana.

"Mengikut perancangan, kami akan bernikah sempena tarikh lahir saya iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula kami akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu VIP di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur.

"Di Sarawak pula majlis resepsi diadakan pada 15 Julai 2011. Sebenarnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga, tetapi kerana kesuntukan masa dan jadual karier yang padat, kami terpaksa menukar tarikh," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.

Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88. Sementara itu menurut Noh, cinta mereka mula berputik selepas menerbitkan lagu duetnya bersama Nina berjudul Kurnia.

"Ramai yang menyangka lagu Kurnia dicipta ketika kami sedang bercinta tetapi sebenarnya kami bercinta selepas lagu itu dihasilkan.



"Nina seorang yang sangat tenang dengan dalam apa juga keadaan. Berbeza pula dengan saya yang sangat kecoh. Paling penting, dia menghormati orang yang lebih tua," jelasnya.

Ditanya mengenai imej Nina selepas berumah tangga nanti, kata Noh, dia tidak melarang bakal isterinya itu untuk bergaya tetapi secara berseloroh dia mahu Nina tidak kelihatan seksi.

"Hmm... Sebelum ini saya ada nasihatkan tentang imej dia. Jadi rasanya dia tak boleh seksi selepas ini," katanya sambil ketawa.

Kedua mereka bercadang untuk berbulan madu ke Mauritius atau London selepas majlis perkahwinan nanti. Bagaimanapun, pasangan ini tidak bercadang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini selepas kahwin kerana ingin mengukuhkan kerjaya masing-masing.

"Mungkin kami akan memiliki anak pada tahun 2013," kata Noh.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
08-27-2010 2,651 Views 1 Replies
25,000 saksi konsert kemuncak
25,000 saksi konsert kemuncak
08-22-2010 1,540 Views 0 Replies
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November
10-31-2010 1,244 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
10-25-2012 3,035 Views 1 Replies
Hobi korang..
Hobi korang..
05-12-2011 15,920 Views 22 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Zarina Anjoulie Lavocah tak nak seksi lagi Mr.Pingu 0 2,789 11-19-2010, 05:33 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 03:12 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend