Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Kau Dan Aku musim kedua temui penonton 23 November

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kau Dan Aku musim kedua temui penonton 23 November
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 04:39 PM (This post was last modified: 01-19-2011, 11:56 AM by Mr.Pingu.)
DRAMA muzikal, Kau dan Aku yang disiarkan di Astro Ria sejak awal tahun lalu akan menemui penonton bagi musim kedua.

Kali ini, drama yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian, itu akan mula disiarkan 23 November ini setiap Selasa jam 9 malam. Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada penonton terutama remaja yang gemar menyaksikan telatah pelakon drama ini.

“Drama Kau dan Aku musim kedua ini adalah kesinambungan drama hiburan musim pertama yang mendapat sambutan hangat daripada penonton kami terutamanya golongan remaja.

“Kami yakin drama bersiri musim kedua ini lebih menarik perhatian penonton apabila ia menampilkan gabungan pelakon daripada musim pertama dan pelakon baru yang akan menari dan menyanyi.

“Pada masa yang sama konsep drama muzikal yang ditekankan dalam drama ini dikekalkan tetapi dengan jalan cerita yang lebih menarik untuk tontonan semua golongan,” katanya.

Drama ini juga menerima garapan sentuhan pengarahan oleh Roslan Hussein, Chan Wai Cheang, Ho Chee Wai dan Simon Long. Kau & Aku musim kedua memperkenalkan beberapa muka baru seperti Anith Aqila yang akan memegang watak utama selain pelakon popular Toni Eusof, Kathy Fauziah dan Zulkifli Zain. Selain itu drama ini juga akan memperkenalkan Mimie Harris dan Lana Nordin, dua pelakon baru berbakat besar yang semakin meningkat naik serta Alif, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-8. Manakala Akim dan Aril masih dikekalkan sebagai watak utama di samping barisan pelakon musim lepas seperti Raja Farah, Farish, Amar Anak Wayang, Mimi, Ika Nabila, Anita Baharom, Putri Fateen, Riezman dan Sabrina Ali.

Drama 26 episod pada kali ini menyambung kisah warna warni kehidupan pelajar di Kolej Harmoni. Setelah Mila melanjutkan pengajiannya di United Kingdom, muncul seorang gadis bercita-cita besar dan bersemangat tinggi bernama Elena (Anith). Kelebihan vokal yang memukau, sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar. Situasi ini tidak disenangi sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.

Bagi menyambung tradisi pada musim pertama, drama bersiri ini akan terus diselang-selikan dengan persembahan muzikal melalui lagu dan bait lirik yang begitu indah untuk diingati dengan elemen romantis, sedih, geram dan lucu yang sudah menjadi asam garam kehidupan remaja. Menariknya untuk musim kedua, drama hiburan ini mendapat sentuhan muzik daripada komposer terkenal yang banyak melakukan skor muzik untuk filem tempatan seperti Cinta dan Papadom iaitu Dr Syed Ahmad Faizal Al- Attas atau lebih dikenali sebagai Pacai. Sebanyak sembilan lagu runut bunyi akan menjadi latar belakang drama bersiri ini yang turut akan dimainkan di stesen radio. Kali ini, lagu Kau Ku Temu menjadi lagu tema musim terbaru ini yang dinyanyikan oleh Akim, Aril, Anith dan Hafiz.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Budak Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung kurus kering operasi PATI Nilai
Budak Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung kurus kering operasi PATI Nilai
06-23-2014 2,881 Views 1 Replies
Remy Ishak Bakal Terajui Filem Muzikal 29 Februari?
Remy Ishak Bakal Terajui Filem Muzikal 29 Februari?
11-09-2010 1,540 Views 0 Replies
Kantoi: Kekasih Temui Kondom dalam beg
Kantoi: Kekasih Temui Kondom dalam beg
12-04-2011 1,620 Views 0 Replies
Football fever hits again !
Football fever hits again !
06-29-2012 3,621 Views 5 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,275 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 04:29 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend