Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 30 31 32 33 34 ... 40 Next »

Amah dibunuh kejam dan dibuang di tempat pembuangan sampah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Amah dibunuh kejam dan dibuang di tempat pembuangan sampah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-20-2010, 09:14 PM (This post was last modified: 11-20-2010, 09:24 PM by Mr.Pingu.)
JAKARTA - Indonesia semalam menuntut satu siasatan dijalankan berikutan satu laporan yang menyatakan seorang amah, Kikim Komalasari telah dibunuh oleh majikannya dan dibuang ke tempat pembuangan sampah, sekali gus menjadi kes kedua berkaitan penderaan amah di Arab Saudi pada minggu ini.

"Sangat mengejutkan dan ia tidak berperikemanusiaan. Saya amat berharap penjenayah itu akan dihukum," kata Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mempengerusikan mesyuarat kabinet bagi membincangkan keperluan melindungi ratusan ribu warga Indonesia yang bekerja di negara Asia Barat.

Menteri Buruh Indonesia, Muhaimin Iskandar menyatakan, satu pasukan kedutaan telah dihantar ke Abha, Arab Saudi untuk meninjau dakwaan bahawa seorang amah berusia 36 tahun dibunuh oleh majikannya. Leher Kikim dilaporkan dikelar selain dia didapati mengalami luka serius di tubuhnya. Laporan itu didedahkan semasa satu pasukan pegawai Indonesia dihantar ke Arab Saudi untuk mencari keadilan dan memberi bantuan perubatan kepada seorang lagi amah, Sumiati Salan Mustapa, 23.

Sumiati dimasukkan di hospital sejak 8 November lalu di Madinah. Majikannya didakwa mencederakan Sumiati dengan api, mematahkan jari tengah dan memotong bibirnya dengan menggunakan gunting. Pada awal minggu ini, badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York menggesa Arab Saudi, Jordan dan Kuwait supaya lebih serius untuk melindungi pekerja asing di negara mereka. - AP

PINGU: Kejamnya pak2 ARab!!!!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
08-27-2010 1,842 Views 0 Replies
Padah elak dicekup khalwat
Padah elak dicekup khalwat
08-23-2010 10,121 Views 10 Replies
Pesalah trafik lega
Pesalah trafik lega
08-13-2010 988 Views 0 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,265 Views 8 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,231 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pelajar 15 Tahun dibunuh kejam Mr.Pingu 0 1,720 01-21-2011, 01:40 AM
Last Post: Mr.Pingu
  BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH Mr.Pingu 1 2,361 08-10-2010, 11:17 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-01-2026, 08:59 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend