Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 26 27 28 29 30 ... 40 Next »

Penduduk sekitar Kangkar Pulai gesa tingkat ciri keselamatan kolam terbiar

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Penduduk sekitar Kangkar Pulai gesa tingkat ciri keselamatan kolam terbiar
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-30-2011, 05:50 PM

PENDUDUK menunjukkan takungan air dikeringkan pemilik tanah persendirian selepas sehari murid Tahun Enam mati lemas.

JOHOR BAHRU: Selepas nyawa seorang murid Tahun Enam menjadi korban sebuah kolam terbiar di Kangkar Pulai, tuntutan kira-kira 1,000 penduduk sekitar situ yang mahu kolam yang menjadi 'perangkap maut' dekat rumah mereka dikeringkan, menjadi kenyataan. Usaha mengeringkan kolam terbiar yang sering menjadi lokasi kanak-kanak untuk mandi-manda serta memancing, selain menjadi tempat lepak dan ponteng sekolah itu, dilakukan oleh pemiliknya. Walaupun kolam itu dikeringkan, isu keselamatan di situ masih belum berakhir kerana penduduk mahu supaya pemilik kawasan terbabit memasang pagar atau menempatkan pengawal keselamatan bagi mengelak ia terus diceroboh, kerana masih ada beberapa kolam terbiar yang belum dikeringkan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai, Mohd Zaini Saimon, berkata tindakan mengeringkan air kolam terbabit perlu disusuli dengan pemasangan pagar.

“Meskipun air sudah dikeringkan, keadaan di sini tetap bahaya kerana tanahnya jerlus. Kami masih bimbang jika ada kanak-kanak tertarik untuk mencari ikan pula di kawasan berlumpur tebal di sini kerana boleh menjadi perangkap maut.

“Kawasan ini pernah menjadi lombong pasir tetapi sudah dihentikan operasi sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan lebih 10 kolam terbentuk di kawasan ini dan kini terbiar,” katanya.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam terbabit ketika mandi bersama beberapa rakan di situ.

Mayat mangsa, Mohd Farriz Saparman, 12, dari Taman Pulai Bestari, di sini ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 5.55 petang Ahad.

Mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam itu pada tengah hari Sabtu selepas keluar bermain basikal bersama dua rakannya.

Dua rakan sebayanya yang ketakutan selepas melihat Mohd Farriz lemas, dipercayai bertindak menyembunyikan kejadian itu sehingga keluarga mangsa mula mencari sebelum menemui basikalnya tidak jauh dari kolam yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Operator pengeluaran yang juga pemancing, Mohd Shahril Buang, 47, berkata kolam terbiar di situ sering menjadi tumpuan kanak-kanak bermain air serta menarik kehadiran kaki pancing kerana banyak ikan talapia yang membiak di situ.

“Saya dan rakan selalu ke sini untuk memancing sejak beberapa tahun lalu kerana kawasan ini banyak ikan. Kawasan ini juga sering menjadi tempat pelajar ponteng sekolah dan sebahagian mereka turut mandi dan mengambil risiko berenang hingga ke tengah kolam,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPBJT), Fakhrul Anwar Ramli, berkata beliau akan mengemukakan isu kolam terbiar di kawasan itu kepada Yang Dipertua MPBJT bagi mengambil tindakan segera.

“Selepas meninjau kawasan ini, langkah segera patut diambil termasuk mengarahkan pemilik memasang pagar tinggi dan meletakkan notis amaran bahaya supaya kejadian lemas tidak berulang.

“Pada masa sama, kita minta ibu bapa menjaga keselamatan anak masing-masing supaya mereka tidak dibiarkan bermain tanpa pengawasan orang dewasa kerana kawasan pasir jerlus ini mungkin mengundang lebih banyak bahaya,” katanya selepas menziarahi bapa mangsa, Saparman Sahali, 43, dan isterinya Sri Mahani Marwan, 34 di rumah mereka di Taman Pulai Bestari.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Suplemen beracun
Suplemen beracun
08-06-2010 1,791 Views 0 Replies
Isu surat sokongan Selangor
Isu surat sokongan Selangor
08-21-2010 1,635 Views 0 Replies
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
Pelajar lemas ketika ponteng di bandar baru bangi
08-07-2010 2,093 Views 0 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,093 Views 8 Replies
Goreng menggorenggg dlm exam!!
Goreng menggorenggg dlm exam!!
05-14-2011 8,759 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
04-01-2011, 01:58 AM
cm ni la slalu pn..ble da tjadi something,bru thegeh2 cm sipot sedot nk amk tindakan.ape daa... mengomel
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
04-01-2011, 10:32 PM
kangkar pulai ni dekat je dgn tempat pingu tinggal.. xpasan lak ada kolam terbiar nie.. hiuu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#4
04-02-2011, 12:15 AM
(04-01-2011, 10:32 PM)Mr.Pingu Wrote: kangkar pulai ni dekat je dgn tempat pingu tinggal.. xpasan lak ada kolam terbiar nie.. hiuu

bse tmpat2 cm ni, pnduduk stempat je yg tau..n anggap tmpat 2 kwasan biasa. sb 2 bdak2 x pkir bahaya men2 kt c2.hsmm.. sad_sgt
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
04-02-2011, 01:25 AM
budak2 pun satu mmg xreti nak tau bahaya.. mcm pingu kecik2 byk gak tempat bahaya pingu da pegi.. mujur umur masih panjang..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#6
04-02-2011, 12:50 PM
(04-02-2011, 01:25 AM)Mr.Pingu Wrote: budak2 pun satu mmg xreti nak tau bahaya.. mcm pingu kecik2 byk gak tempat bahaya pingu da pegi.. mujur umur masih panjang..

budak lelaki memang cm tu..dgil ckp mak. Angry
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
04-04-2011, 01:07 AM
Mak pak xtau aktiviti bahaya pingu.. Kalau tau abes dh berbirat badan kene rotan hahah
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#8
04-04-2011, 03:45 PM
(04-04-2011, 01:07 AM)Mr.Pingu Wrote: Mak pak xtau aktiviti bahaya pingu.. Kalau tau abes dh berbirat badan kene rotan hahah

haha..tringat lak zaman kcik2 g curik2 mandi sungai.sorok baju basah blakang reban ayam..last2 kntoi.kihkih... Wink
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
04-04-2011, 08:29 PM
Hahah oni sudah kantoi disitu! Oni pun kaki kubang rupqnya kecik2.. Mcm korobau haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#10
04-04-2011, 10:19 PM
(04-04-2011, 08:29 PM)Mr.Pingu Wrote: Hahah oni sudah kantoi disitu! Oni pun kaki kubang rupqnya kecik2.. Mcm korobau haha

sebut nye kobau la pingu. mano ado korobau.haha... alaa..pas kntoi 2 xbrani p dah..arwah abah pnye rotan da jemu hinggap kt bdan ni.oni n adik bradik dgil mse kcik2..hehe...
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
04-04-2011, 10:23 PM
hahah same la.. selalu sgt kene rotan + ikat kat pokok + kene gigit kerengga.. huhu sgt2 la garang ayah pingu.. tp kegarangan ayah la jadikan kami semua manusia.. now ayah da xgarang tgok adik2 yg 2 eko tuh dh naik lemak.. pemalas.. pelajaran kemana.. eii geram sgt2.. nak cubit2 je seko2
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 09:31 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend