BNM tidak tanggung kos kesilapan mencetak wang kertas: PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengalami sebarang kerugian atau bebanan kewangan berikutan kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata ini kerana mengikut perjanjian pesanan yang ditandatangani antara BNM dan syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja pencetakan itu, syarikat berkenaan bertanggung jawab ke atas sebarang masalah yang timbul.
"Kejadian dalam pencetakan wang kertas adalah berpunca daripada pencetakan yang kelihatan kurang jelas atau luntur sekiranya dibasuh menggunakan bahan cucian atau peluntur yang berat.
"Syarikat tersebut bertanggung jawab ke atas kos, bayaran atau apa-apa tanggungan lain sekiranya berlaku sebarang masalah berpunca daripada kegagalan pihak syarikat tersebut dalam melaksanakan kontrak percetakan yang diberikan," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu kerugian terperinci yang terpaksa ditanggung BNM akibat kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia.
Mengenai kontrak pembekalan dan pencetakan wang kertas, Najib berkata BNM hanya berurusan secara terus dengan syarikat pencetak mata wang yang mempunyai reputasi tinggi serta memenuhi syarat ketat yang telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah BNM.
"Antara syarat tersebut termasuk mempunyai status kewangan yang kukuh, kepakaran, pengalaman, kualiti perkhidmatan, kapasiti dan keupayaan teknologi mencetak.
"Segala urusan seperti sebut harga, pembayaran dan urusan penghantaran adalah dibincangkan secara terus dengan syarikat tersebut tanpa melalui broker atau ejen," katanya.
Najib berkata, BNM juga sentiasa memantau kedudukan kewangan bekalan wang kertas di dalam pasaran bagi memastikan bekalan wang kertas adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan orang ramai.
"BNM juga turut mengambil maklum tentang permintaan yang tinggi ke atas wang kertas baru bagi kegunaan semasa musim perayaan dan memastikan permintaan tinggi ini dipenuhi dengan membekalkan stok wang kertas yang mencukupi," katanya. - BERNAMA