NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bank Negara pantau punca inflasi
#1
KUALA LUMPUR 5 April - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memantau perkembangan kenaikan kadar inflasi dengan cukup berhati-hati untuk menentu puncanya yang sebenar. Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pemantauan itu bertujuan memastikan sama ada kenaikan itu dipacu oleh permintaan atau faktor bekalan.

''Kami juga perlu melihat sama ada perkembangan ini (kenaikan inflasi) adalah bersifat sementara atau kekal untuk jangka panjang,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pembuat Dasar Inklusif Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bank pusat itu perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi seperti yang dilaksanakan oleh negara-negara lain. Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 2.9 peratus pada Februari lalu, kenaikan tertinggi dalam tempoh 22 bulan.
Kadar inflasi bagi Januari ialah 2.4 peratus.

Rata-rata penganalisis tempatan menyifatkan kenaikan kadar inflasi Februari lalu amat memeranjatkan, sekali gus memberi tekanan kepada BNM khususnya ketika pulangan sebenar kadar faedah menjadi negatif buat kali pertama dalam tempoh 26 bulan. Kadar inflasi diunjur berada pada sekitar 3.0 hingga 3.5 peratus pada tahun ini dan kenaikan dijangka lebih ketara pada separuh pertama disokong oleh pertumbuhan ekonomi global.
Ditanya kemungkinan bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Monetari pada Mei ini, Zeti berkata: ''Anda akan mengetahui (sebarang keputusan) selepas mesyuarat itu nanti''.

Gabenor berkata, bank pusat itu akan mengambil kira penilaian termasuk risiko pertumbuhan dan sokongan lanjut polisi monetari sebelum menaikkan kadar faedah. Pada 1 Mac lalu, BNM telah mengekalkan Dasar Semalaman pada kadar 2.75 peratus tetapi menaikkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada dua peratus berbanding satu peratus berkuat kuasa awal bulan ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp...=ek_01.htm
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Exclamation Punca-punca kemalangan jalan raya Mr.Pingu 0 18,982 09-15-2012, 02:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bank Negara Malaysia nafi tanggung Kos kesilapan pencetakan wang kertas Mr.Pingu 0 1,704 04-20-2011, 11:24 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)