Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24

Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 12:13 AM

Ziana Zain dan Mohd. terharu dengan kemenangan yang diraih dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 pada malam kemuncak pertandingan Mentor yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Ahad lalu. DARI awal hinggalah ke akhir program, juara Mentor musim keempat Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd. tetap kelihatan naif dan tidak menangkap pesona mata.

Mohd. masih sebongkah permata yang harus dicanai dan digilap. Mentor hanyalah jeti untuk menghantar ke pelayaran pertamanya.

Sepanjang program, ramai yang berbisik bukan Mohd. yang menjadi tarikan sebaliknya, mentornya, Ziana Zainlah yang menjadi tumpuan.

Peminat mengundi Ziana dan bukanlah Mohd., seolah-olah peminat mahukan Ziana yang menjadi juara Mentor bukan protegenya.

Sudah seminggu siri pertandingan realiti itu tamat tempoh siaran tapi cakap-cakap memperkecilkan Mohd. masih kedengaran.

Paling tidak digemari ialah Ziana dikatakan menangguk untung sepanjang menjayakan program berkenaan.

Sensasi Bintang: Selepas Mentor, anda pasti ada rancangan untuk membuat kemunculan sendiri?

ZIANA ZAIN: Buat masa sekarang hingga bulan Ogos, jadual saya padat dengan undangan persembahan serta satu projek baru yang saya akan umumkan kemudian. Kami sekeluarga ditawarkan menjadi duta barangan penjagaan diri, jadi banyak perbincangan dan penggambaran komersial harus diselesaikan. Single terbaru saya juga masih dalam proses termasuk lagu nukilan Ajai dan Sharon Paul.

Anak didik anda, Mohd., menjuarai Mentor, malangnya ramai mendakwa itu bukan kemenangan Mohd. sebalik kemenangan Ziana Zain?

Kemenangan saya kemenangan protege saya juga. Nama pun program Mentor (ketawa). Itu kerjasama dan strategi kedua-dua pihak. Mentor dan protege kena sama-sama bagus. Buat apa nak rasa tertekan, buat sakit hati dan buang masa sahaja. Saya menang atau kalah, orang tetap akan mengata, sama sahaja.

Ada yang memperkecikan protege anda, kononnya klon kepada protege Mas Idayu sebelum ini, Black. Apa pendapat anda?

Klon rupa dan imej boleh dimaafkan, tapi jangan klon suara. Sebab itulah selalu saya tekankan, Mohd. kena cari imej sendiri. Bagi saya dakwaan itu tidak benar, Mohd. dan Black jauh berbeza. Vokal Black lain. Suara Mohd. lebih jantan.

Mohd. ibarat juara yang gagal menyerlah dan hala tujunya nampak kabur...

Saya akui bahawa Mohd. itu budak kampung yang sangat naif, lurus bendul dan nak bercakap pun tak pandai. Dia hanya mahu belajar jadi seorang penyanyi. Sebab itulah apabila dia mengikat kontrak dengan Monkey Bone, pihak syarikat kena betul-betul memberi penekanan terhadap imej yang sesuai dengan Mohd, material yang tepat dan strategi promosi yang berkesan. Jika idea saya diminta untuk membantu kemunculan Mohd kelak, saya tidak keberatan.

Jika ditawarkan menjadi mentor sekali lagi pada masa akan datang, adakah Ziana akan terima?

Saya bukan mahu mendabik dada atau bercakap besar tetapi kalau boleh, saya tidak akan ambil tawaran itu lagi. Dari luar, kerja jadi mentor nampak macam mudah tapi cabarannya bukan kepalang. Saya pula ada anak, yang masih bayi dan ada yang sudah bersekolah. Selama beberapa bulan terlibat dengan program itu, jadual saya sangat padat sampai nak buat rawatan muka pun tak sempat.

Sepanjang dalam Mentor, anda yang kelihatan lebih-lebih mahu bertanding dan melaram seolah-olah lepas geram sebab lama tidak muncul di kaca TV?

(Ketawa) Sebenarnya, pereka fesyen saya, Rizman Ruzaini yang mahu lepas geram. Belum apa-apa lagi, dia beritahu sudah menyiapkan beberapa pasang baju untuk saya. Saya pun melaramlah macam saya pula yang bertanding. Saya tak kisah, orang dah buat, saya pakai. Itu namanya situasi menang-menang. Saya boleh bergaya dan dalam masa yang sama dapat uar-uarkan siapa pereka baju saya itu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
09-07-2010 1,887 Views 0 Replies
Mia sara yang Comel sangat- sangat
Mia sara yang Comel sangat- sangat
11-08-2010 2,465 Views 0 Replies
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
08-23-2010 1,522 Views 0 Replies
newbie kat sini
newbie kat sini
04-04-2012 1,496 Views 1 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,882 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ziana Zain Menangis kerana Kematian Whitney Houston Mr.Pingu 0 1,680 02-14-2012, 11:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ziana Zain tercalon dalam FFM23 Mr.Pingu 0 1,932 10-01-2010, 11:13 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain? Mr.Pingu 0 1,847 09-07-2010, 05:22 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend