Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 24 Next »

Marsha Milan Londoh keluar Hospital enggan temui media

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Marsha Milan Londoh keluar Hospital enggan temui media
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
09-11-2011, 09:23 PM
Mungkin ramai yang tahu Marsha masuk hospital setelah tidak sedarkan diri. Katanya makn ubat dalam dos yang berlebihan. Apa yang berlaku kita tak tahu. Ikuti berita selanjutnya...

Quote:Berita Harian Online

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Rabu lalu, selepas tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya, sudah dibenarkan keluar petang semalam.

Saya hanya diberitahu dia sudah keluar hospital, namun lokasi di mana dia berada sekarang saya kurang pasti. Saya juga dimaklumkan dia masih trauma. Namun dia semakin stabil dan doktor pun menasihatkan dia untuk berehat di rumah dan makan ubat yang sudah diberi, kata rakan baiknya, Afeeq Abdul Wahab. Difahamkan sepanjang berada di situ, ahli keluarga Marsha turut menemaninya dan beberapa rakan artis seperti Dafi dan Sharifah Sakinah juga dibenarkan untuk datang melawat. Namun sekumpulan wartawan yang turut datang ke pusat perubatan berkenaan Khamis lalu untuk mengetahui perkembangan Marsha, dilarang bertemunya. Buat masa ini Marsha belum bersedia untuk ditemubual wartawan. Memang satu sidang media bagi menjelaskan insiden yang melanda diri Marsha akan diadakan tak lama lagi. Mungkin minggu depan atau dua minggu lagi. Semuanya bergantung kepada tahap kesihatan Marsha selepas ini. Keluarganya juga dijangka turut serta dalam sidang media itu nanti, katanya.

Sharifah Sakinah yang dihubungi Berita Harian berkata, keadaan Marsha sudah baik tetapi perlu banyak berehat.

Badan dia saja yang lemah, mata dia juga bengkak. Dia juga boleh bercakap. Tapi biasalah, sikap manja dan mengada-ngada dia itu saja yang membuatkan dia mahu perhatian lebih diberi kepadanya, kata adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda itu.

Sementara itu, satu kenyataan rasmi daripada keluarga Marsha dan syarikat pengurusannya, Marsha Londoh Entertainment juga dihantar menerusi e-mel semalam untuk memberi gambaran sebenar di sebalik spekulasi dan situasi yang timbul.

Marsha dikejarkan ke PPUM oleh pihak pengurusan kediamannya di Taman Desa pada jam 11 pagi selepas ditemui pengsan berdekatan tempat letak kereta di kediaman penyanyi itu. Selepas dimasukkan ke wad kecemasan, Marsha diberi rawatan rapi dan dimaksudkan ke wad biasa di PPUM.

Pada hari kejadian Marsha berada dalam keadaan tidak sihat dan demam. Maka sebab itu, Marsha mengambil ubat bagi meredakan sakit. Dijadikan cerita, Marsha keluar rumah sendirian. Dalam perjalanan pulang, Marsha mengalami kemalangan apabila kenderaan yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan.

Akibat trauma dan kesan ubat yang diambil, Marsha hilang kawalan dan jatuh dari tangga berhampiran tempat letak kereta di kediamannya dan mengalami kecederaan di dahi, mata dan bibir. Kini, dia menunjukkan tanda positif dan semakin pulih, menurut e-mel yang dihantar pengurus Marsha, Syadha Rosli.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
11-09-2010 3,009 Views 0 Replies
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
09-22-2010 2,211 Views 1 Replies
Kak Engku Sedang Usaha Selamatkan Rumahtangga
Kak Engku Sedang Usaha Selamatkan Rumahtangga
08-06-2010 1,626 Views 0 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 9,983 Views 1 Replies
Salam perkenalan TF
Salam perkenalan TF
12-02-2013 2,372 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 07:50 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend