Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 19 20 21 22 23 ... 40 Next »

Kanak-kanak ditinggal di tepi tandas

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kanak-kanak ditinggal di tepi tandas
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-11-2011, 10:48 AM


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sentral: Lif roller coaster
Sentral: Lif roller coaster
08-22-2010 994 Views 0 Replies
Suplemen beracun
Suplemen beracun
08-06-2010 1,852 Views 0 Replies
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
08-19-2010 1,100 Views 0 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,489 Views 1 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 6,092 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kanak-kanak Hilang di Sri Putri Mr.Pingu 0 1,831 06-28-2012, 01:04 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 08:15 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend